CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

[Edisi Jenayah] Awas, Penyamun Lif Sedang Berkeliaran!

26-10-2015 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8655| Komen: 51|Original author: R2D2

Description: Jangan rasa leka walaupun kebanyakan kondominium memasang kamera litar tertutup CCTV. Baru-baru ini seorang perempuan telah disamun ketika menggunakan lif yang bertempat di Setapak.
Oleh : TS LOO


Dalam keadaan ekonomi yang merundum ini, kejadian jenayah seperti merompak, mencuri dan meragut akan berlaku di mana-mana sahaja! 



Jangan beranggapan kawasan yang berkemudahan kamera litar tertutup CCTV adalah kawasan yang pastinya selamat!


Loading FB Video...

Baru-baru ini, satu kejadian menyamun telah berlaku di dalam lif sebuah kondominium yang bertempat di Setapat, Kuala Lumpur. 


Mangsa bukan sahaja mengalami kerugian wang, malah turut mengalami kecederaan yang teruk akibat dibelasah oleh penyamun terbabit. 


Kejadian itu berlaku pada 17 Oktober lalu, sekitar jam 11.40 malam, mangsa merupakan seorang perempuan berbangsa Cina.


sumber foto :  rakaman video CCTV dalam lif


Menurut paparan visual kamera litar tertutup CCTV yang berada di dalam lif, ketika mangsa masuk ke dalam lif, terdapat dua lelaki Melayu mengikuti dia masuk sekali ke dalam lif. 

Disebabkan ketika itu kedua-dua lelaki kelihatan tidak menekan tingkat mana yang dituju, sehingga apabila lif mula bergerak naik ke atas, barulah mereka menekan salah satu tingkat, tetapi pada masa pintu lif berbuka, salah seorang yang berbaju puitih tiba-tiba sengaja melanggar mangsa tersebut dengan kuat dan seorang lagi dengan pantas tarik beg tangan mangsa ketika mangsa dalam keadaan terjatuh akibat dilanggar. 


sumber foto :  rakaman video CCTV dalam lif


Dalam proses pergelutan, berikutan mangsa memegang beg tangannya dengan kuat, akibatnya mangsa diheret sekali bersama beg tangannya oleh penyamun keluar dari dalam lif sehingga ke luar pintu lif, penyamun juga membelasahnya dengan teruk. 


Menurut mangsa, dia dipukul dan dihentak sehingga seluruh badannya cedera! Bukan sahaja kedua-dua tangannya berluka, dagu berdarah, belakang badan lebam, malah dua gigi hadapan turut ditumbuk sehingga patah dan terpaksa menjalani pembedahan implan.


Pastinya pengalaman yang dilalui oleh mangsa itu bakal menimbulkan rasa trauma yang mendalam buat dirinya ! 


Namun demikian, dalam kejadian tersebut terdapat beberapa perkara yang wajar kita semua ambil perhatian:


1) Jangan beranggapan pangsapuri yang berkemudahan CCTV adalah lebih selamat.
Penyamun seumpama ini biasanya berani melakukan kerja jenayah adalah disebabkan mereka sudah amat jelas dengan suasana sekeliling di dalam kondominium. Mereka mungkin mengetahui waktu penukaran pegawai pengawalan, tenaga kerja atau sudut terlindung yang ada di pangsapuri dan waktu yang paling sesuai untuk melakukan jenayah. 


2) Orang-orang yang disyaki dalam lif
Menurut mangsa, tidak ramai penghuni Melayu tinggal dalam kondominium tersebut, kedua-dua penyamun sebenarnya tidak biasa ditemui. 


3) Guna lif tapi tidak tekan tingkat yang ingin dituju
Jika guna kenapa pula tidak menekan tingkat mana yang ingin dituju? Mangsa beritahu, dari awal lagi dia sudah mula rasa syak wasangka apabila kedua-dua lelaki tidak menekan butang tingkat yang dituju. Namun selapas itu apabila mengimbas kembali, mungkin penyamun tidak menekan butang tingkat yang ingin dituju adalah disebabkan risau mungkin akan ada penduduk lain yang guna lif ketika itu yang akan menggagalkan kerja jahat mereka. Susulan mangsa tinggal di tingkat 8, maka penyamun tunggu sehingga tingkat 7 baru bertindak.


Setelah seluruh proses kejadian samun disebarkan secara meluas di internet, ramai netizen menjadikan isu ini sebagai satu iktibar. 


" Hei, balik kondominium sendiri pun tidak selamat lagi..."


Ada netizen berkongsi pendapat bahawa setiap kali apabila seorang diri masuk ke lif, jika mendapati ada orang yang tidak biasa dilihat, akan terus keluar dari lif itu, kecuali jiran atau penghuni yang sudah biasa ditemui setiap sebelum ini. 


Terdapat juga netizen yang mengingatkan selain kaum hawa, kaum adam juga perlu berjaga-jaga, bagi mengelakkan menjadi sasaran penjenayah.


Justeru, wahai warga kota sekalian, jangan terlalu leka dan lalai kerana sesuatu kawasan itu dikatakan 'selamat', wajarlah sentiasa berada dalam kepekaan yang tinggi terhadap keadaan sekeliling tidak kira di mana jua anda berada. - CARI Infonet
23

Bagus
22

Marah
29

Terkejut
30

Sedih
17

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (147 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote v(T.T)v 24-10-2015 06:24 PM
gejala rasuah dan kelalaian tugas pihak berkenaan menyebabkan jenayah semakin meningkat.
Quote slavehunter 24-10-2015 06:31 PM
v(T.T)v replied at 24-10-2015 06:24 PM
gejala rasuah dan kelalaian tugas pihak berkenaan menyebabkan jenayah semakin meningkat.

Criminal ...peragut semua tak takut undang2 sebab tau systems kita lemah.....apa nak jadi la.....especially target kaum wanita.....nak duit senang dengan cara macam ni.
Quote 123456 24-10-2015 06:36 PM
[youtube]Y0c2dpjb15Q[/youtube]
Quote faraway1 24-10-2015 06:40 PM
slavehunter replied at 24-10-2015 05:31 AM
Criminal ...peragut semua tak takut undang2 sebab tau systems kita lemah.....apa nak jadi la.....e ...

macam mana tak lemah,
just tahan sesorang seminggu untuk disoal siasat aje
dah memaki sistem undang malaysia..

sebenarnya orang malaysia ni tak respek undang undang tu aje...
Quote ifanonline 24-10-2015 06:56 PM
mcm perbuatan warga asing
Quote slavehunter 24-10-2015 06:56 PM
faraway1 replied at 24-10-2015 06:40 PM
macam mana tak lemah,
just tahan sesorang seminggu untuk disoal siasat aje
dah memaki sistem und ...

Pastu dah soal siasat....bukti tak cukup. So lepas......and the crime keep going on.....
Quote ifanonline 24-10-2015 06:57 PM
nak buat camner...polis malaysia rasuah, imigresen rasuah, kastam rasuah...anak2 mereka semua tak menjadi
Quote faraway1 24-10-2015 07:00 PM
slavehunter replied at 24-10-2015 05:56 AM
Pastu dah soal siasat....bukti tak cukup. So lepas......and the crime keep going on.....

cam me tulis, sebab orang malaysia ni buat undang undang cam bapak dia punya negara.suka hati aje, macam makan nasi camtu.. tak da rasa takut.. heran betul...

bila polis buat kerja, tahan seminggu boleh pula maki polis..
padahal ditahan untuk bantu siasatan adalah normal...

so  perasan diri tahu undang undnag tu buat tak perlu ikut undang undang kot..

but hey, simpati dengan penduduk malaysia yang hormati undang undang
dan menjadi mangsa.
Quote slavehunter 24-10-2015 07:01 PM
ifanonline replied at 24-10-2015 06:56 PM
mcm perbuatan warga asing

Aku nampak macam Melayu jer......speechless aku.....
Quote faraway1 24-10-2015 07:01 PM
ifanonline replied at 24-10-2015 05:57 AM
nak buat camner...polis malaysia rasuah, imigresen rasuah, kastam rasuah...anak2 mereka semua tak me ...

yea yea macamlah semua dalam penjara dan penjenayah tuitu pekerjaan mak pak dorang..
Quote slavehunter 24-10-2015 07:15 PM
faraway1 replied at 24-10-2015 07:00 PM
cam me tulis, sebab orang malaysia ni buat undang undang cam bapak dia punya negara.suka hati aje, ...

Seriously betul.....dan sebagai rakyat Malaysia i rasa macam kuasa Polis dah tak berguna kerana Polis more concern dengan hal hal politiks dan menjaga anak beranak menteri. So rakyat kene jaga diri sendiri .  Dan Polis juga perangai seperti Gengster  dan Samseng......baru2 ni I pegi tengok Golf LPGA  dekat Klgcc......masa tengah que untuk tunggu feeder pick up ada sorang lelaki abruptly rempuh que laki I.......pastu laki i kata " you dont need to push " ......... pastu si jantan ni boleh kata " I'm a policemen, you dont play fool here" ....    memang dasar vavi jer i dengar......sebab ko polis ko berhak nak potong que and act like gengster.  Patut la penjenayah berleluasa sebab polis pun perangai bapak gengster.
Quote mommymonster82 24-10-2015 07:17 PM
Eh macam dah baca tadi tp xpelah nak reply gaklah...

1 jgn melawan.... 2 jantan pukul pompuan ni memang jahanam..moga mereput dalam neraka..
Quote mommymonster82 24-10-2015 07:19 PM
Dapat ipon sebijik jual 2nd hand pon dah boleh 2 ribu kurg2..so jgn syok sagt tunjuk la pasni pakai hp mahal2...
Quote brownstone 24-10-2015 08:13 PM
Tu sbb la visitor kondo kene daftar bagai...penghuni mmg rasa leceh lebih2 lg bab2 nk buat majlis ke parti ke tp ni semua demi keselamatan penduduk kan...
Quote freebird 24-10-2015 08:20 PM
angkat tangan kat security je dah boleh masuk....
mentaliti felda pprt betul...

polis pulak tahan orang nak tanya sesuatu sampai seminggu...apa ke bangangnya...mentaliti felda pprt kampung betul..
Quote mommymonster82 24-10-2015 11:20 PM
awanearisu replied at 24-10-2015 11:19 PM
Di fb Siakap Keli, dah dapat profile fb penjenayah ini katanya.. kita tengok dalam komen video cctv  ...

Pls Share sini u..tq
Quote awanearisu 24-10-2015 11:33 PM
mommymonster82 replied at 24-10-2015 11:20 PM
Pls Share sini u..tq

ala-ala kita salah faham la mommy.. baru lepas habis baca komen semua.

Ingatkan fb penjenayah tu, rupanya di pertengahan komen-komen tersebut ada orang komen berbaur cacian kepada orang melayu. Jadi profile fb orang tu yang dikutuk-kutuk rupanya

emosi sangat kita sampai menggigil taip sini tak menyabar.. kejap nak edit balik di atas tu..
Quote awanearisu 24-10-2015 11:35 PM
Edited by awanearisu at 30-10-2015 10:48 AM

geramnya tengok video tu

Terjumpa ni dalam komen fb siakap keli.




-edited- Alhamdulillah dah kena tangkap.

maaf, kita tak dapat nak kaburkan akaun fb dalam imej ni.. sebab imej ni sendiri kita copy url secara terus dari akaun fb asal yang muatnaik imej tersebut..
Quote faraway1 24-10-2015 11:47 PM
slavehunter replied at 24-10-2015 06:15 AM
Seriously betul.....dan sebagai rakyat Malaysia i rasa macam kuasa Polis dah tak berguna kerana Po ...

umang aii, memang tahap cam undang undang negara bapak dia punya gitu..
polis kalau camni tak sedar diri betul, bukan anak anak dia kaum keluarga dia kebal kebal,
boleh dirogol orang dirompak orang jugak...

kalau camnilah, entah camana malaysia akan datang, nak pikir pun takut...

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.065094 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top