CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pokok 'Lenyapkan' Jerebu Ini Pasti Buat Anda Tidak Percaya!

22-10-2015 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 14007| Komen: 46

Description: Tahukah anda terdapat beberapa jenis tumbuhan yang sememangnya berfungsi 'membersihkan' udara, dan berita baiknya, ia sangat mudah didapati dan ditanam dalam rumah!
Oleh Adib Za

Letih dengan keadaan berjerebu yang nampaknya tak nampak lagi tanda-tanda nak 'menghilangkan diri'.


Bukan sahaja mengaburkan pandangan, malahan menyesakkan nafas dan membuatkan ramai yang jatuh sakit dek kerana terhidu udara yang penuh dengan partikel-partikel kecil itu. 

Maka, tak hairanlah di kala ini lambakan produk 'air purifier' diiklankan sana sini. Kononnya membantu anda membersihkan udara di dalam rumah dan juga ruang pejabat.

Namun, tunggu dulu. Jika anda seorang yang gemarkan sesuatu yang alami, ketika inilah ambil peluang untuk membawakan elemen semula jadi itu dalam rumah dan juga pejabat.



(Sumber foto: Tumblr)


Tahukah anda terdapat beberapa jenis tumbuhan yang sememangnya berfungsi 'membersihkan' udara, dan berita baiknya, ia sangat mudah didapati dan ditanam dalam rumah! Tumbuhan 'indoor' sebegini memang sangat membantu anda di kala cuaca berjerebu ini.

Bukan itu sahaja, dengan adanya elemen hijau ini berhampiran anda, ia mampu mengurangkan stress dan menjadikan anda lebih sihat. Satu kajian pada tahun 2008 oleh pengkaji Belanda, tanaman indoor yang diletakkan dalam bilik pesakit, menurunkan paras stress mereka berbanding yang tidak memiliknya. Menarik, bukan?

Jom lihat senarai tumbuhan indoor yang anda boleh anda jadikan 'penapis udara jerebu' di dalam rumah dan pejabat:


1. Aloe Vera/ Lidah Buaya
Bukan sahaja jelinya yang berkhasiat untuk kesihatan kulit, namun tumbuhan ini sendiri berfungsi 'menyedut' pencemaran udara dalam rumah termasuklah bahan kimia yang terdapat di udara dan yang terhasil daripada produk pencuci.
(Sumber foto: vomedia)



2. Snake Plant/ Lidah Mak Mentua
Cantik diletakkan di sudut dalam rumah, tumbuhan ini mampu menyerap karbon dioksida dan melepaskan oksigen ketika hari malam. Menjadikan bilik anda ekstra bersih dan segar.
(Sumber foto: Gearpatrol)


3. Bamboo Palm/ Buluh hiasan
Buluh hiasan ini telah termasuk dalam senarai tumbuhan pembersih udara oleh NASA dengan markah 8.4. Ia mampu membersihkan benzene dan juga trichloroethylene. 
(Sumber foto: bobvila)


4. Spider Plant
Memang selalu dijumpai di kebanyakan rumah, namun ia bukan sekadar menjadi hiasan, malah turut tersenarai sebagai tumbuhan pembersih udara oleh NASA. Ia mampu melawan pencemaran udara seperti benzene, formaldehyde, carbon monoxide dan xylene.
(Sumber foto: houselogic)



5. Money Plant/ Sireh Puteri
Tumbuhan ini mampu memurnikan udara selain mengatasi pencemaran bahan kimia formaldehyde yang terdapat di udara. 
(Sumber foto: princelanscape)

Baca selanjutnya: Impiana, Huffingtonpost

14

Bagus
20

Marah
10

Terkejut
24

Sedih
19

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote comel91 22-10-2015 03:17 PM
money plant dah mati.. huhu sebab jerebu
Quote seramado 22-10-2015 03:20 PM
comel91 replied at 22-10-2015 03:17 PM
money plant dah mati.. huhu sebab jerebu

letak dlm umah sis.. meols suka tanam kt tepi meja kt opis...segar je...dia jenis indoor plant..

Quote jofizo 22-10-2015 04:06 PM
dh kalau tanam kt indoor tu jgn sampai jadi rumah nyamuk lak
Quote giyomi 22-10-2015 04:07 PM
Apa shusah, kan ker bebaru ni raja bomoh kata pasu dia bole sedut jerebu, beli jer pasu dari dia tak payah ssh payh tanam pokok bagai.
Quote CrowneGlory 22-10-2015 04:30 PM
Diorg ni bersihkan karbon je tp habuk2 jerebu dgn asap ttp ada.. Tak cukup tepat thread ni
Quote clarizsa 22-10-2015 04:46 PM
xde gunanya.. sambil2 jerebu ada je manusia yg suka riang ria bakar sampah / rumput  etc berkepul asap malam2..

Quote Ipo 22-10-2015 05:50 PM
Pokok aloe vera saya kt luar rumah mati kering sejak jerebu
Quote Artemesiaa 22-10-2015 05:59 PM
Kalau malas jaga tanaman elok pasang air purifier je time2 jerebu ni.
Quote noraidil_06 22-10-2015 08:44 PM
ini isu viral eh?
Quote mak_wa95 22-10-2015 10:13 PM

kecelaruan pengetahuan..

'semasa' dengan 'viral; xreti nak beza..

sian...thread nak kena buka, isi thread xde, so belasah je
Quote kimsa-ra 23-10-2015 12:06 AM
mak_wa95 replied at 22-10-2015 02:13 PM
kecelaruan pengetahuan..

'semasa' dengan 'viral; xreti nak beza..

kak wa nnt wartawan ni nangis tepi bucu meja
Quote mak_wa95 23-10-2015 12:13 AM
kimsa-ra replied at 23-10-2015 12:06 AM
kak wa nnt wartawan ni nangis tepi bucu meja

menangis, mengadu mod xterkira dah..
berkotak2 tisu dah..


Quote kimsa-ra 23-10-2015 12:20 AM
mak_wa95 replied at 22-10-2015 04:13 PM
menangis, mengadu mod xterkira dah..
berkotak2 tisu dah..

mod pn xlayn siap hencap brsma
admin tpaksa dgr rintihan


Quote mak_wa95 23-10-2015 12:23 AM
kimsa-ra replied at 23-10-2015 12:20 AM
mod pn xlayn siap hencap brsma
admin tpaksa dgr rintihan

eheheh silap bukan mod,
terus kpd admin...tgk admin bekap depa

sian budak ingusan, jiwa xkental nak masuk forum
Quote kimsa-ra 23-10-2015 12:49 AM
mak_wa95 replied at 22-10-2015 04:23 PM
eheheh silap bukan mod,
terus kpd admin...tgk admin bekap depa

admin tu pn cm x biasa dgn forumer cari
yg wartawan ni pn bkn knal pn sape2 kt sini xyah sentap la..

kak wa cuti skola lg ke?

Quote mak_wa95 23-10-2015 12:55 AM
kimsa-ra replied at 23-10-2015 12:49 AM
admin tu pn cm x biasa dgn forumer cari
yg wartawan ni pn bkn knal pn sape2 kt sini xyah s ...

kan, ada forumer cakap..forumer CI mulut sangat hazabedah..
so  kalau dah masuk dunia kita kena kental la..

kalau xkental depa kena pindah p dok bod lain la (mcm boss depa kata kat kita)

a'ah esok cuti sehari lagi..hari ni lewat pula umum cutinya...
Quote kimsa-ra 23-10-2015 01:21 AM
mak_wa95 replied at 22-10-2015 04:55 PM
kan, ada forumer cakap..forumer CI mulut sangat hazabedah..
so  kalau dah masuk dunia kita kena k ...

msti wartwan ni tension kita dok kata dia kt thread dia

best la cuti lg..nk g call mak cik me la sok dok syok cuti skola..nnt dia kata dia bz tnda ketas pt3..
Quote mak_wa95 23-10-2015 08:21 AM
kimsa-ra replied at 23-10-2015 01:21 AM
msti wartwan ni tension kita dok kata dia kt thread dia

best la cuti lg..nk g call mak ...

dia baca ka, dia buka thread tinggal gitu je..sbb dia wartawan kan,
forumer je kena jaga thread yg dibuka...

thread ni sebenarnya berinformasi..tapi dia letak kat viral..
xcerdik tahap pe tah.....CariForum kena buat kursus kat depa..dah hambik hat xberapa cerdik kena latih la..
kalau hat cerdik, dia blaja sendiri,xpayah orng suruh

ni pagi ni masuk kerja, baca forum, pas2 kopipes thread hat forumer dah buka n dia buka thread lagi
xcaya tgk...

huhuhu,kita sini baru dok taklimat penskoran pt3..pas2 baru bolah tanda
Quote Mary_jane 23-10-2015 08:53 AM
Cantiknya lidah buaya & lidah mak mentua tanam dalam pasu putih. Masa kerja kursus dulu aku buat taman mini, siap ada kolam & spider plant lagi. Sayang masa tu tak terpikir nak snap gambar.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.055206 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top