Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang perempuan dipercayai kencing di dalam sebuah kedai serbaneka tular di media sosial menjadi tular. Menurut pemilik video, pelaku meninggalkan kedai dalam keadaan berbau hancing selepas dia didakwa 'melepaskan hajat' di dalam premis berkenaan.
"Adik siapa ni, puas galok (bergembira) dalam kedai sebelum keluar tinggal air kencing hancing," tulisnya menerusi perkongsian di aplikasi TikTok yang kemudian telah dipadam. Menerusi kejadian yang berlaku pada Selasa, gadis bertudung hitam itu pada mulanya kelihatan sedang berlegar-legar di dalam premis berkenaan sambil ditemani seorang lagi individu. Dia kemudian keluar dari kedai tersebut sebelum dilihat masuk semula dan berdiri di satu sudut sambil berborak dengan seorang lagi wanita yang datang bersamanya.
YouTube Viral Malaya Wanita itu kelihatan membongkokkan badan dan memegang bahagian belakang skirt sambil diperhatikan wanita berkenaan. Selepas pelaku yang dipercayai kencing sambil berdiri di hadapan rak, mereka berdua dilihat segera meninggalkan premis berkenaan. Lebih melucukan, dua pelanggan lain turut menyedari kejadian itu sebelum mereka berlalu ke kawasan rak lain. Pemilik video berkenaan dipercayai bekerja di kedai tersebut memandangkan dia mempunyai akses untuk melihat rakaman CCTV. Malah, dia turut meletakkan lokasi 'Kuala Terengganu' pada perkongsian video itu. Selain menyelar tindakan wanita itu, ramai netizen turut mengaitkan kejadian tersebut dengan penyakit tertentu yang menyebabkan seseorang individu gagal menahan kencing. "Tak tahan sangat dah tu. Kaki pun melilit. "Mungkin dia ada weak bladder. Kalau ya pun tak tahan, tandas jauh, lagi baik kencing kat luar, ada pokok tu," antara komen netizen. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT