View: 4025|Reply: 85
|
Meliuk-liuk Terbongkok-bongkok, Kaki Terkepit-kepit, Tahu-tahu Je Bau Hancing Lepas Akak Bertudung Keluar 7E
[Copy link]
|
|
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang perempuan dipercayai kencing di dalam sebuah kedai serbaneka tular di media sosial menjadi tular.
Menurut pemilik video, pelaku meninggalkan kedai dalam keadaan berbau hancing selepas dia didakwa 'melepaskan hajat' di dalam premis berkenaan.
TikTok/mStar
"Adik siapa ni, puas galok (bergembira) dalam kedai sebelum keluar tinggal air kencing hancing," tulisnya menerusi perkongsian di aplikasi TikTok yang kemudian telah dipadam.
Menerusi kejadian yang berlaku pada Selasa, gadis bertudung hitam itu pada mulanya kelihatan sedang berlegar-legar di dalam premis berkenaan sambil ditemani seorang lagi individu.
Dia kemudian keluar dari kedai tersebut sebelum dilihat masuk semula dan berdiri di satu sudut sambil berborak dengan seorang lagi wanita yang datang bersamanya.
YouTube Viral Malaya
Wanita itu kelihatan membongkokkan badan dan memegang bahagian belakang skirt sambil diperhatikan wanita berkenaan.
Selepas pelaku yang dipercayai kencing sambil berdiri di hadapan rak, mereka berdua dilihat segera meninggalkan premis berkenaan.
Lebih melucukan, dua pelanggan lain turut menyedari kejadian itu sebelum mereka berlalu ke kawasan rak lain.
Pemilik video berkenaan dipercayai bekerja di kedai tersebut memandangkan dia mempunyai akses untuk melihat rakaman CCTV.
Malah, dia turut meletakkan lokasi 'Kuala Terengganu' pada perkongsian video itu.
Selain menyelar tindakan wanita itu, ramai netizen turut mengaitkan kejadian tersebut dengan penyakit tertentu yang menyebabkan seseorang individu gagal menahan kencing.
"Tak tahan sangat dah tu. Kaki pun melilit.
"Mungkin dia ada weak bladder. Kalau ya pun tak tahan, tandas jauh, lagi baik kencing kat luar, ada pokok tu," antara komen netizen.
TikTok/Lobak Merah
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah tahu ada penyakit gitu, pakailah pamper sesiap waktu nak keluar ke mana-mana...
Benda mudah semua ada sekarang...
Tu pun nak kena ajar ke... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dia..habis satu malaysia tau |
|
|
|
|
|
|
|
Tk berapa 'sihat' kot.ank sepupu aku autisme pun penah terkencing dlm kedai tp maknya bgtau elok2 kt toke kedai n mintak maaf |
|
|
|
|
|
|
|
Dh tau xtahan nk terkencin sgt keluar la.. gi masuk buat apa. Sakit otak btul.. siap boleh gelak plak |
|
|
|
|
|
|
|
Meols tgk lalu dkt TikKetok. Nmpk mcm budak2 baya sekolah menengah. Rasa mcm bkn special kid. Rasanya lah. Masalahnya, kalaupun dah nak terkeluar sgt, kau nk kencing dlm kain mcm tu, baik keluar drpd 7E tu, betul tak? Diri depan kedai tu (outdoor), ha then, kencing. Ini ko pegi kencing dlm 7E. Dahla ada couple diri dkt2 situ. Abg tu siap tutup hidung. Mesti sebelum tu melantak petai |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai. Yg kawan dia tu pun ikut je npe. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tengok vid.Dia keluar lepas tu masuk balik apehal..better kencing kat luar kot ye pun kau tak tahan sangat..tu pun boleh lagi bergalok dgn kawan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak wajar diviralkan hal mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya, incontinence kot. kena pakai pampers dewasa or pad yang macam seluar dalam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan, aku pernah ja terserempak ngan pompuan buat macam ni tapi dia kangkang atas longkang la & tempat tu macam tersorok sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 2-6-2023 10:55 PM
Satu lagik, kena hindari tabiat selalu tahan kencing kerana boleh mengakibatkan pundi kencing lemah dan seterosnya kalau terbatuk, tergelak mahupun terkejut terosss terkencing on the spot jugak
https://hellodoktor.com/urologi/masalah-urologi/tahan-buang-air-kecil/ |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe oku kot ntahlah tp kalau ada masalah biasanya mmg awal2 dh pakai pad ke apa.
Mcm arwah mak iols dulu pakai siap2 sbb risau kalau batuk terkencing.
Nk solat pun susah sbb asik nk terkucil dlm seluar, jd malas nak g mana2 sbb masalah tu.
Tp budak nk muda lagi tak sangka lak kalau ada masalah lemah pundi kencing nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Segan lah kencing berdiri |
|
|
|
|
|
|
|
Ada masalah UTI ni..patutnya keluar rumah pakai la pad Poise tu sesiap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu jgn tahan kou nak shi shi, first time rasa nak shishi terus pegi ladies, jgn nak tahan berjam2 nanti dah tak blh tahan dan tak bagus sebenarnya tahan2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pulak budak tu
awak pakai la pad ke apa ke dik
benda yg xboleh nak kawal mmg payah |
|
|
|
|
|
|
|
Spesis cikki2 buki lobos yang kerja komen kat ig retis baru beranak suruh berpantang atau jangan angkat anak takut bentang kot...
Kalau betul budak sekolah lagi teruk... Belum beranak dah buki lobos...
No wonder jamu kak km tu laris... Ramai yang buki dah lobos himgga terpaksa telan jamu timbang kilo yang di packing tepi jamban...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak dari segi gaya dan cara pakaian memang dia akan mengeluar sejenis cairan yang busuk bau bangkai dari lubang neraka. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau batuk mesti terkencing kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|