CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Tak Minta Disenaraikan BWF Pun" - Chong Wei Bingung 'Diserang' Taufik

2-6-2023 08:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2306| Komen: 36

Description: Chong Wei disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran BWF bersama legenda badminton China, Lin Dan bulan lalu dan perkembangan itu tampaknya tidak disenangi Taufiq yang juga rakan baiknya.Nampaknya, kas pema ...
Chong Wei disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran BWF bersama legenda badminton China, Lin Dan bulan lalu dan perkembangan itu tampaknya tidak disenangi Taufiq yang juga rakan baiknya.

Nampaknya, kas pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat kurang senang apabila rakan baiknya, Datuk Lee Chong Wei disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF).


Susulan itu, legenda badminton negara berkenaan bingung dengan 'serangan' Taufik terhadapnya yang mempertikai kewajaran penyenaraian itu.

Chong Wei yang disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran BWF bersama legenda badminton China, Lin Dan bulan lalu berkata, penyenaraian itu adalah keputusan BWF dan Taufik perlu menghubungi BWF sekiranya mahu mendapatkan penjelasan.


IG

"Saya tidak minta BWF untuk menyenaraikan saya. Saya juga tidak tahu mengenai penyenaraian ini sehinggalah saya mendapat surat daripada BWF.


"Saya tidak tahu apa kriteria yang diletakkan BWF untuk disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran.

"Saya tidak tahu jika dia tidak gembira ataupun marah kerana tidak disenaraikan, dia tidak bercakap mengenainya dengan saya.

"Ini sesuatu yang saya ataupun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) boleh tanyakan kepada BWF. Dia (Taufiq) boleh menghantar emel kepada BWF untuk bertanya mengapa dia tidak disenaraikan.

"Saya tidak faham mengapa dia menyerang saya, ini bukan tanggungjawab saya," kata Chong Wei.



Terdahulu, Taufik mempersoalkan kelayakan Chong Wei yang disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran BWF.

Taufik mengakui bahawa Lin Dan lebih layak untuk mendapat pengiktirafan itu dan mendakwa Chong Wei disenaraikan kerana lokasi ibu pejabat BWF terletak di Malaysia.

Taufik yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2004 dan Kejuaraan Dunia 2005 turut membalas menerusi akaun Twitternya selepas mempersoalkan jika Chong Wei memenangi Sukan SEA, Kejuaraan Dunia atau Sukan Olimpik.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 2-6-2023 09:48 PM
Betul kata LCW. Guna saluran yg betul utk komplain.
Quote jalfa 2-6-2023 10:22 PM
Eternal rival tu sebut la nama taufik sekali barula topik rasa heols ada dlm league sang juara
Quote antikorok 2-6-2023 10:26 PM
Taufik dengkike?
Quote azimodin 3-6-2023 06:52 AM
Dia x mintak, orang bagi. Aku rasa ramai je non-malaysian yg gembira untuk LCW. Tengok video game LCW kat youtube pon banyak peminat luar yg komen. Si taufik ni kalau nak jugak masuk HOF, pergi la lobi
Quote axl_bach 3-6-2023 06:56 AM
jalfa replied at 2-6-2023 10:22 PM
Eternal rival tu sebut la nama taufik sekali barula topik rasa heols ada dlm league sang juara

Rasanya Taufik mmg ada dlm league sang juara bersama2 Lin Dan,  Chen Long,  Hoyer Larsen,  dan yg terkini Axelsen.... LCW blom sebaris dgn nama2 ni,  tu hakikatnya....
Quote epuepy 3-6-2023 01:16 PM
Taufik dengki. Indon dengki. [em:22:]
Quote hokeypokey 3-6-2023 01:36 PM
sbb taufik tu bkn chinese kot, hehehehe
Quote allshares 3-6-2023 02:08 PM
Dulu pun ade 1 case taufik berbunyi2 psl Lcw. Ingat2 lupa tapi lcw ckp dia pun baru tau ade case tu dan minta maaf kt taufik. Taufik ni sejenis sentiasa rasa dia lahi hebat dari lcw. Terima la hakikat lcw lagi rajin join tournament n lagi bnyk win. Takyah busuk hati sgt.
Quote toxicated 3-6-2023 02:13 PM
Lcw ni dia persistent…
Quote imanjannah 3-6-2023 02:32 PM
itu la bezanya ko dengan DLCW taufik oii.. CW ni individu bersifat glokal.. Down to earth sungguh
Quote cm_vungtau 3-6-2023 02:56 PM
Aku pun tak rasa mana hebatnya LCW. Tapi Lin Dan tu memang powerlah. Agaknya LCW main lagi banyak game kot. Mungkin itu maksud Topik. Agittew. Tapi kalau cakap lelebih nanti tak patriotik pulak.
Quote axl_bach 3-6-2023 03:02 PM
cm_vungtau replied at 3-6-2023 02:56 PM
Aku pun tak rasa mana hebatnya LCW. Tapi Lin Dan tu memang powerlah. Agaknya LCW main lagi banyak ga ...

LCW tu kira hebat,  h2h dia dgn Taufik pun dia lagi hebat... Tp malangnya dia sezaman dgn SuperDan yg jauh lagi hebat dari dia...

Kalau LD bukan sezaman dgn dia,  mmg dia tapau abis dah
Quote nazzse 3-6-2023 03:22 PM
Setuju.. that’s why LD pun akui hebat LCW ni..rival paling susah nak ditumpaskan. Aku benci LD sbb ni la..haha
Taufik plak naik atas sekejap je, tak persistent. LCW ni atlet yg tak reti putus asa.
Quote Hessa 3-6-2023 08:04 PM
allshares replied at 3-6-2023 02:08 PM
Dulu pun ade 1 case taufik berbunyi2 psl Lcw. Ingat2 lupa tapi lcw ckp dia pun baru tau ade case tu  ...

Taufik Hidayat mmg seorang yg loud sejak masih aktif sbg atlet lagi. bukan kes dgn LCW je. Dia mmg lantang suarakan pendapat dia even dgn PBSI pun masa PBSI lucutkan jawatan coach dia Mulyono dulu. tp bagusnya dia, dia buktikan dia mmg hebat walau dia bnyk argue dgn PBSI waktu itu. tak mcm Lee Zi Jia dan pemain msia yg lain. acah2 nak against pengurusan dan coach masing2 tapi performance ke laut pasifik
Quote Hessa 3-6-2023 08:15 PM
axl_bach replied at 3-6-2023 03:02 PM
LCW tu kira hebat,  h2h dia dgn Taufik pun dia lagi hebat... Tp malangnya dia sezaman dgn SuperDan ...

ye ni mmg betul. kita ambik kira dari sudut itu juga. off topic, perkara ni juga berlaku dlm sukan tennis sejak muncul federer, nadal, murray dan djokovic. brapa ramai pemain2 tennis profesional lain 'hilang', walhal diorg pun bagus. dpt pegang title pun, seadanya je..sebab dh dibolot dek The Big 4 ni sepanjang berbelas tahun ni.
Quote axl_bach 3-6-2023 09:09 PM
Hessa replied at 3-6-2023 08:15 PM
ye ni mmg betul. kita ambik kira dari sudut itu juga. off topic, perkara ni juga berlaku dlm sukan ...

Tennis ni aku x follow sgt,  last aku follow era perseteruan Pete Sampras dgn Andrei Agassi jer,  sambil2 Thomas Muster mencelah kalau main padang tanah liat.  Tp pemain yg paling aku minat waktu tu Michael Chang.
Quote Hessa 3-6-2023 09:28 PM
axl_bach replied at 3-6-2023 09:09 PM
Tennis ni aku x follow sgt,  last aku follow era perseteruan Pete Sampras dgn Andrei Agassi jer,   ...

off topic lg. zaman tu tennis mmg best. every single part of shot ada. yg paling best tgk volley diorg.skrg bnyk rally je. more to stamina.agak boring. skrg tennis dh agak 'extreme'. tak sama mcm dulu seiring zaman. atlet tennis zaman tu pun jujurnya tak mampu 'handle' match skrg.
Quote Cokoro 3-6-2023 09:55 PM
Orang indon pun ramai tak suka taufik ni. Tambah taufik duk perli2 lcw. Dorg benarkan netizen msia hentam taufik balik
Quote gerbera.memopad 3-6-2023 10:11 PM
Bitternya pak cik indo ni.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.153028 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top