CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Budak Lelaki Pakai Helmet Rembat Kemeja, Seluar Slack Di Dobi Layan Diri

2-6-2023 08:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 746| Komen: 10

Description: Tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan semula di Instagram Majoriti dari TikTok menunjukkan dua budak lelaki mencuri pakaian di sebuah premis dobi layan diri dekat Sungai Lalang, ...
Tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan semula di Instagram Majoriti dari TikTok menunjukkan dua budak lelaki mencuri pakaian di sebuah premis dobi layan diri dekat Sungai Lalang, Kuala Muda, Kedah.


Dalam video itu, kelihatan kanak-kanak terbabit datang ke dobi berkenaan dipercayai dengan menaiki motosikal berdasarkan topi keledar dipakai.



Tidak diperhatikan sesiapa, salah seorang kemudiannya terus berjalan ke mesin basuh di situ dan mengambil beberapa helaian pakaian.

Di TikTok, seorang individu dipercayai pemilik baju tersebut meluahkan kekecewaannya selepas pakaiannya hilang.

"Baju kerja saya dua helai dan seluar slek dua helai dicuri oleh budak-budak ni. Minta sesiapa yang ada maklumat tentang mereka atau kenal mereka hubungi saya (013-8778272).

"Baju kerja abang dik, kenapa nak diambil," ujarnya.



Rakaman itu berakhir dengan kanak-kanak terbabit berjaya melarikan pakaian tersebut dan beredar dari premis dobi berkenaan tanpa diketahui sesiapa.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kes itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil di balai berhampiran untuk membuat laporan. 


Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote habisnamadahni 2-6-2023 08:57 PM
macam² la zaman now...sian brader tu baju keje hilang
Quote Carcosa 2-6-2023 09:24 PM
Edited by Carcosa at 2-6-2023 09:25 PM

Mesti acik2 Fesbuk terpaling suci embun pagi ckp gini, "Halalkan sajelah. Mungkin bkn rezeki awak. Nnti ada rezeki baju yg lain. Kita doakan yg baik2. Mungkin budak tu terdesak. Mungkin dia nak pergi interview kerja dan takde baju yg sempurna. Semoga yg baik2 saja utk adik tu. Adik, kalau adik baca ni, DM akak ya? Akak nak transfer 5k utk adik".



Dan org yg sama jugak akan merentan menjerit maki hamun mcm setan hilang laki, bila pisang kena rembat drpd pokok pisang yg bukan dlm pagar rumah dia pun
Quote pisanggoreng 2-6-2023 11:09 PM
spesis letak baju pastu tinggal sampai kepam dlm mesin
Quote kaedahnya 2-6-2023 11:21 PM
mungkin dia tak ada baju nak pi interview. gitu akak husnuzon.
Quote kaedahnya 2-6-2023 11:23 PM
Carcosa replied at 2-6-2023 09:24 PM
Mesti acik2 Fesbuk terpaling suci embun pagi ckp gini, "Halalkan sajelah. Mungkin bkn rezeki awak. N ...

omg dah komen baru baca hahah tapi memang soo acik FB pun reasoning sebegituh.
Quote Kurex 3-6-2023 05:52 AM
Iols kalau nak pakai sluar slack, iols jahit sendiri jah. Kalau tak sempat, beli jah dekat bundle. Jangan curi barang orang ye dik. Nak sangat, kau ambik upah, lepas tu beli apa yg kau nak
Quote hokeypokey 3-6-2023 02:15 PM
sengkeknya korang ni, baju pun rembat orang
Quote imanjannah 3-6-2023 03:29 PM
rosak mental dah org sekrang ni
Quote midori888 3-6-2023 03:36 PM
Kurex replied at 3-6-2023 05:52 AM
Iols kalau nak pakai sluar slack, iols jahit sendiri jah. Kalau tak sempat, beli jah dekat bundle. J ...



pandainyer kurex menjahit....adik meols kalu kebetulan kita ada ternampak kedai bundle mesti dia nak masuk tgk2...meols tak suka, harga baju seluar situ bole tahan mahal, baik beli yg baru jer...


Quote intan244 4-6-2023 06:17 AM
tinggal baju sapa suruh. keep an eye to our belonging. msia ni apa je org x curi.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047893 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top