CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

J-Hope Bangga Dilantik Sebagai Jurulatih Tentera

2-6-2023 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 519| Komen: 1

J-hope meluahkan rasa bangga selepas dilantik sebagai penolong pengajar untuk merekrut pelatih baharu di sebuah pusat latihan ketenteraan di wilayah Gangwon, baru-baru ini.


Anggota kumpulan BTS berusia 29 tahun itu merupakan ahli kedua BTS selepas Jin yang turut dilantik sebagai penolong pengajar untuk pusat latihan ketenteraan di Gyeonggi.



J-hope menerusi kenyataannya kepada media berkata, dia sangat teruja dan bangga apabila terpilih menjadi penolong pengajar ketenteraan dan akan melakukan tugasnya itu dengan sebaik mungkin.

“Saya dilantik sebagai penolong pengajar pada 24 Mei lalu dan berasa sangat bangga apabila diberi kepercayaan untuk memegang tanggungjawab tersebut,” ujarnya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Terdahulu, J-hope telah menamatkan latihan ketenteraannya untuk Divisyen Infantri ke-36 pada 18 April 2023.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 2-6-2023 10:10 PM
Apasal gamba yg kiri tu pipinya kaka tgk mcm pipi safi elyas?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.044116 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top