CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Usia Dah Nak Masuk 1 Abad, Al Pacino Masih Gagah Timang Anak Keempat

2-6-2023 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 513| Komen: 4

Description: Menghampiri usia satu abad tidak menghalang pelakon terkenal Hollywood, Al Pacino untuk memperoleh cahaya mata.Dia yang kini berusia 83 tahun dilaporkan bakal menimang cahaya mata bersama kekasih baha ...
Menghampiri usia satu abad tidak menghalang pelakon terkenal Hollywood, Al Pacino untuk memperoleh cahaya mata. 

Dia yang kini berusia 83 tahun dilaporkan bakal menimang cahaya mata bersama kekasih baharunya, Noor Alfallah yang berusia 29 tahun.



People

Pemilik nama sebenar Alfredo James Pacino ini sebelumnya sudah memiliki tiga cahaya mata yang sudah dewasa menerusi hubungannya bersama Jan Tarrant dan Beverly D’Angelo.

Memiliki perbezaan umur sebanyak 54 tahun, Noor Alfallah dikaitkan dengan Pacino sejak April 2022. Pasangan itu mula mencetuskan khabar angin percintaan apabila dilihat sedang makan malam bersama.

Al Pacino Bakal Timang Anak Keempat Pada Usia 83 Tahun Dengan Kekasih Berusia 29 TahunAl Pacino Bakal Timang Anak Keempat Pada Usia 83 Tahun Dengan Kekasih Berusia 29 Tahun
Kredit foto: Backgrid via People
Beberapa sumber berkongsi bahawa pasangan itu sebenarnya telah berpacaran secara senyap-senyap sejak pandemik Covid-19 melanda dunia lagi..


Noor Alfallah yang pernah bekerja sebagai penerbit, dikhabarkan sebelum ini bercinta dengan vokalis Rolling Stones, Mick Jagger selama lebih setahun sehingga 2018 dan pada tahun 2019 dia dilihat telah bersama pelakon dan pengarah, Clint Eastwood.

Biarpun tiada kenyataan rasmi Al Pacino mengenai anak keempatnya yang bakal lahir kelak. Dia dilihat cukup prihatin dan sentiasa berdampingan dengan kekasih mudanya itu.

Dalam satu tembual bersama The New Yorker pada 2014 mengenai peranan sebagai bapa, dia berkata, “Saya bertanggungjawab kepada mereka. Saya sebahagian daripada hidup mereka.”


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 2-6-2023 04:06 PM
Rumours nk putus dh. Tup² bunting lak.
Sehat ank² berudu atok al pacino.
Quote prince_marhaen 2-6-2023 04:10 PM
kalau ye pun malas copy paste punya artikel... padam ler copy tajuk ngan kredit bagai tu TT oii..
Quote alesandra 2-6-2023 09:38 PM
Dia ngan pokcik sorang lagi robert de niro  berlawan ye anak sebaya cicit.tapi pokcik al ni sampai  kena buat DNA test takut2 budak noor ni scam dia
Quote hokeypokey 3-6-2023 04:36 PM
tahniah atok reput dapat cicit

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.041061 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top