Mahkamah Sesyen Kajang hari ini mendakwa seorang pemuda kerana disyaki memperkosa seorang wanita warga emas di sebuah kawasan perumahan, di sini. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan pada 25 Mei lalu susulan laporan dibuat mangsa.
Menurutnya, wanita berusia 70 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 6.41 petang, 15 April lalu mendakwa dirogol seorang lelaki. "Bertindak atas laporan, siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang sebelum berjaya menahan suspek. "Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Katanya, kertas siasatan yang lengkap kemudian dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan menerima arahan tuduh pada hari ini. Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kajang untuk pendakwaan. Sumber: Harian Metro
|
kepompong: dah kerepot pun masih tak selamat
ADVERTISEMENT