CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Hamil Terkejut Muntah Dua Cacing Sepanjang 10 Dan 15 Sentimeter

2-6-2023 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 906| Komen: 7

Description: Wanita terkejut apabila menemukan dua cacing bulat sepanjang 10 hingga 15 sentimeter (sm) dalam muntahnya.Pasukan doktor dari Hospital DonSak, wilayah Surat Thani percaya wanita hamil lapan bulan beru ...
Wanita terkejut apabila menemukan dua cacing bulat sepanjang 10 hingga 15 sentimeter (sm) dalam muntahnya.

Pasukan doktor dari Hospital DonSak, wilayah Surat Thani percaya wanita hamil lapan bulan berusia 27 tahun itu termakan parasit daripada buah-buahan dan sayuran tercemar.



FB

Lapor thethaiger.com, kisah wanita itu dikongsi menerusi laman Facebook Hospital DonSak.

Menurut doktor, seharian wanita hamil itu mengalami sakit perut, loya dan muntah-muntah sebelum dibawa ke hospital.

Dia kemudiannya dilaporkan muntah lagi ketika berada di hospital sehingga mengeluarkan dua cacing sepanjang 10 hingga 15sm.

Ujian makmal mengesahkan penemuan spesies ascaris lumbricoides, sejenis cacing bulat usus pada sampel muntah wanita berkenaan.


FB


“Ketika ditanya, pesakit mengaku makan hidangan bersama sayuran segar yang belum dimasak,” kata doktor.

Doktor memutuskan wanita itu terkena jangkitan cacing akibat makan sayuran tercemar yang mengandungi telur cacing.

Wanita hamil itu dirawat dengan ubat antihelminthic untuk membunuh parasit berkenaan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 2-6-2023 05:24 PM
mak ai beso nya cacing kau
aku byg cacing halus2 mcm benang2 aje tu
Quote antikorok 2-6-2023 05:38 PM
Scary nyehhh makan sayur mentah organik huntok gaya idop sihat ujong2 tertelan telor parasit yg membiak sepanjang usus manusia bermeter2 mcm cacing pita tuhhhh
Quote antikorok 2-6-2023 05:43 PM
Kimchi negara Kpooop yg dibuat menggunakan kubis yg diimport dari negara terpaling PRC pakai baja najis cirit manusia dengan tambahan ekstra telor cacing pita tersenyum sinis gaytohhhh

https://www.taipeitimes.com/News/front/archives/2005/11/04/2003278621
Quote Markonah_7 2-6-2023 09:57 PM
Biasa aku dengar keluar ikut bawah sekali najis.Ikot mulut pun boleh eh ????
Quote jazaa100 5-6-2023 04:22 PM
Bkn cacing pita ke?....

Doc asyik suruh mkn sayur segar yg jgn overcooked, ni lah hasilnya....
Quote Qaseemah 5-6-2023 04:37 PM
Tengok rupa mcm cacing ascaris. Tp biasa je cacing ni ada je kat mana3 manusia..
Quote dua_chzy 5-6-2023 05:39 PM
Tau preggy takleh makan mentah2, pi juga makan. Selayaknya.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.062212 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top