Gara-gara bergambar bersama, anak sulung pelakon Nikita Mirzani iaitu Laura Meizani dituduh mempunyai hubungan sulit dengan bekas bapa tirinya iaitu Antonio Dedola. Laura atau Lolly yang baharu berusia 16 tahun bagaimanapun tampil menjelaskan dia menganggap Antonio seperti bapanya sendiri meskipun ikatan perkahwinan dengan ibunya berakhir dengan penceraian.
"Yang mencipta kisah kotor tentang saya dan Antonio mempunyai hubungan istimewa itu tidak masuk akal, benar-benar gila. "Antonio tidak pernah berubah. Dia tetap sama seperti orang yang saya kenal dari dulu sehingga sekarang," katanya. Lolly menulis perkara tersebut di Instastory miliknya dengan beberapa tangkap layar komen balas netizen terhadap dirinya. Menurut Lolly, sejak kecil dia tidak pernah merasakan kasih sayang daripada seorang bapa dan Antonio adalah lelaki yang mampu membuatkan dia menikmati perasaan tersebut.
|
babynina30 replied at 2-6-2023 01:36 PM
Ambui dek 3bln je jd pak tiri, kemain kau rapat n menyayanginya sepenuh hati ?
ADVERTISEMENT