Farisha Iris menafikan dia penyondol dan merampas kekasihnya sekarang yang juga bekas pemain bola sepak, Hardee, 29, daripada seorang pempengaruh media sosial terkenal. Katanya tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.
“Orang kata saya perampas. Itu tidak benar sebab kami baru kenal sekitar 1 Mac 2023. “Saya tahu dia sebelum ini putus tunang tapi saya tidak pernah mahu ambil tahu tentang kisah silamnya. Saya akan tanya kepada dia sendiri jika ada cerita tentangnya yang saya dengar dari orang lain. “Apa yang diperkatakan netizen di media sosial tidak tepat pada saya. Tapi saya tak boleh tutup mulut orang, halang mereka daripada bercakap tentang kami. Jadi saya biarkan sahaja,” katanya kepada Utusan.
|
ADVERTISEMENT