CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Declare Syamsul Jadi BFF, Doa Semoga Bahagia Dengan Ira Kazar

1-6-2023 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10695| Komen: 106

Description: Puteri Saraah mengakui hubungannya dengan Syamsul kini tidak lebih daripadaseorang kawan.Dia turut berterima kasih kepada pengarah itu yang sudi meluangkan masa bersama anak-anak ketika dia berada di ...
Puteri Saraah mengakui hubungannya dengan Syamsul kini tidak lebih daripadaseorang kawan.

Dia turut berterima kasih kepada pengarah itu yang sudi meluangkan masa bersama anak-anak ketika dia berada di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.


Foto: IG

"Kita dah kawan baik kan Syamsul... Terima kasih luangkan masa dengan anak-anak masa saya dekat Jakarta," katanya di IG Story.

Menerusi hantaran sama, pelakon itu turut memuat naik paparan skrin daripada sebuah portal yang menyiarkan artikel bertajuk "Nak berbaik demi anak-anak - Puteri Sarah".




Puteri Sarah turut mendoakan yang terbaik buat Syamsul bersama isteri keduanya iaitu Ira Kazar.


"Sentiasa doa yang terbaik buat depa (mereka)," tulisnya yang disertakan emoji berbentuk hati.


Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah melangsungkan perkahwinan pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Summayah, 5 tahun.

Kemelut rumah tangga mereka masih belum berkesudahan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap isterinya itu pada 18 April lalu.



Pada 25 Mei lalu, mahkamah mendapati perkahwinan di antara mereka sudah tidak dapat diselamatkan selepas wujud shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Kes perceraian mereka akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun ini. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-6-2023 03:39 PM
Ntahlah… Kenapa aku rasa geli dgn statement ini
Quote imransulaiman 1-6-2023 03:47 PM
Makin hari makin biasa-biasa aku tengok rupa paras dia ni. Tak macam dulu. Entahlah...
Quote mawarkhayalan99 1-6-2023 03:51 PM
wowzerrrrrr
Quote SANKURIANG 1-6-2023 03:51 PM
Dah cerai lom? Cerai la dulu…dah berkilo2 keaiban dah terdedah masa tengah fight dulu…cerai, dapatkan sijil cerai, jalani eddah, pastu kau gi la cari suami baru. Dan..bolehla cari rumah baru, jangan la nenggek kat rumah tok selam lagi….
Quote prince_marhaen 1-6-2023 04:14 PM
..Dia turut berterima kasih kepada pengarah itu yang sudi meluangkan masa bersama anak-anak ketika dia berada di Jakarta, Indonesia baru-baru ini...


dah kena cikkor cikrek ke PS oiii? kalau tak kemain lagi woman empowerment bagai... sekali kena ciknek terus BFF ye... so propa.. penat mak mentua & pak mentua backup sampai adik ipar pun kuasekkk nak layan..
Quote Buritan 1-6-2023 04:30 PM
prince_marhaen replied at 1-6-2023 04:14 PM
dah kena cikkor cikrek ke PS oiii? kalau tak kemain lagi woman empowerment bagai... sekali kena ci ...

Aku rasalaa si Sarah kena tulis yg baik baik jee.. injunksi tuu kan hari tuu..
Quote navyna 1-6-2023 04:34 PM
Dh tak jd saman si penyondol ke
Quote tompie 1-6-2023 04:34 PM
Bagus la mcm ni.. nak gaduh pun sampai bile..
kalau aman2 mcm ni, masing2 senang nak move on... anak2 pun taklah rasa tertekan sangat..kudos PS dan Samsul..
Aku rasa fan2 dia yang terlebih sudu.. tak boleh nak maafkan orang.. padahal mamat tu buat salah pada bini dia aje.. ahahahah
skarang dah baik2 fan pulak takleh terima.. apa da
Quote iznanaziz 1-6-2023 04:39 PM
SANKURIANG: Dah cerai lom? Cerai la dulu…dah berkilo2 keaiban dah terdedah masa tengah fight dulu…cerai, dapatkan sijil cerai, jalani eddah, pastu kau gi la car ...


kalau ikut statement tu, belum cerai lagi kan? sb ada issue baru
yg pernah 2 kali diceraikan tu, tak sudah lagi kan

Quote likilu 1-6-2023 04:40 PM
Sol suruh senyap dia tak dengar
Mahkamah approve injuksi suruh dia senyap dia tak dengar

Ps, everybody.
Quote iznanaziz 1-6-2023 04:40 PM
imransulaiman replied at 1-6-2023 03:47 PM
Makin hari makin biasa-biasa aku tengok rupa paras dia ni. Tak macam dulu. Entahlah...

aku tengok sesekali mcm Nabila Razali pulak.
Quote straycat 1-6-2023 07:22 PM
Doa tu bukan bermaksud sentiasa doa untuk anak-anak? Takde tulis pun doa untuk Ira ke apa...
Quote t_hahahaha 1-6-2023 07:29 PM
dah kenapa ps ni
Quote makcun14 1-6-2023 07:30 PM
buat cara ND, teruskan bertenggek kat rumah tok selam walaupun ex laki dah ada bini baru. menantu kesayangan sampai akhir hayat hahahaha.
rasain loh.
Quote Addrianna 1-6-2023 07:30 PM
Kenapa aku rasa PS sbnrnya sarcasm je sebab sol berjaya dapat injuksi hari tu?kau ni reputz cari x ada pun dia cakap doa sol bahagia dengan ira tu kau sekolah x ni reputz?koser dia nak doa kan perampas kebahgiaan dia tu.aku harap dia tak tarik balik kes ira sebab aku sokong dia buat macam tu dan aku nak dia menang.boleh jadi panduan buat wanita2 kat luar tu
Quote Piramida 1-6-2023 07:40 PM
Masih juga bising2 keluar statement.. Walau pun statement berbentuk positif.
But OK laaa dah friend friend.
Quote noor2 1-6-2023 07:45 PM
Biarla dia nk healing diri dia dgn cara psikologi mcm ni...dia x cerai lagi kan...x mustahil jika dia boleh bersama balik dgn samsol bermadu...siapa boleh ramal takdir masing2 dlm hidup ni?...moga depa x de bermusuhan pun...
Quote pocongkiutss 1-6-2023 07:48 PM
Politik mehh..dia nk minta cerai kena la berbaik2

Tp bab saman Ik tu iols yakin dia takkan tarik balik

Quote zie_indah 1-6-2023 08:36 PM
Harap CPT la selesai...jap berbaik kejap tak mau cerai kejap nusyuz dah TGH tahun pun 2023

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.062228 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top