CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kontrak CEO Finas Ditamatkan 24 Jam- Bapa Anzalna Nasir Rasa Dizalimi! Dakwa Wujud Unsur Kroni

1-6-2023 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7431| Komen: 60

Description: Prof Dr Md Nasir Ibrahim,63 menganggap dia dizalimi apabila perkhidmatannya ditamatkan dalam tempoh 24 jam.Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu berkata ...
Prof Dr Md Nasir Ibrahim,63 menganggap dia dizalimi apabila perkhidmatannya ditamatkan dalam tempoh 24 jam.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu berkata, dia juga tidak diberi sebarang ruang untuk perbincangan atau peluang membela diri sekiranya keputusan dibuat melibatkan salah laku integriti atau kes jenayah.



Foto: mStar

“Saya dapat tahu penamatan ini adalah persetujuan bersama ahli lembaga pengarah (Finas) tetapi saya tidak pernah dipanggil berbincang atau dimaklumkan hal ini lebih awal. Jadi saya rasa dizalimi apabila berlaku begini.

“Kalau ada masalah integriti atau jenayah saya berhak dipanggil untuk membela diri. Namun ia tidak berlaku. Jadi memang terkejut dengan keputusan ini,” katanya seperti dipetik di mStar.

Tambah Md Nasir, dia juga tidak menolak wujud unsur kroni dalam pentadbiran Finas yang kurang bersetuju dengan pendiriannya sekali gus bersepakat untuk tidak lagi bekerjasama.


“Secara peribadi saya tidak menolak wujudnya kroni. Benda ini memang tidak bagus, namun ia pasti akan berlaku dalam mana-mana organisasi.

“Ada manusia begitu yang susah untuk menerima teguran. Contoh paling mudah adalah apabila saya menegur kakitangan yang berada di cafe dalam waktu bekerja. Saya tegur untuk memperbaiki.

“Sidang media ini bertujuan untuk membersihkan nama saya. Saya tidak mahu ada yang anggap bukan-bukan kerana ia berlaku dalam tempoh 24 jam,” ujarnya.

Md Nasir memulakan perkhidmatan pada 1 November 2021 dan kontraknya sepatut berakhir pada 31 Oktober depan.

Dia menerima surat penamatan perkhidmatan itu daripada Pengerusi Finas yang baharu dilantik, Datuk Kamil Othman pada Rabu, pukul 4.30 petang.

Bercakap tentang perancangan peribadi, Md Nasir mahu mengambil tempoh rehat selepas berkhidmat selama 1 tahun 7 bulan namun masih terbuka untuk bekerjasama dalam pembangunan industri filem tempataan.

“Saya reda dengan keputusan ini. Bagilah masa saya berehat dahulu.

“Saya juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk kemajuan industri filem kita. Saya amat berbesar hati untuk memberi sumbangan,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irvene 1-6-2023 02:10 PM
itulah pakcik. org lain kali angguk2, geleng2, tunduk2, ikot telunjuk

ohh btw saya bukan nak cakap pasal pakcik sgt. sy nk cakap psl anak pakcik yg toaster smeg tu. so nanti dia tak dpt dh la flip tudung or pakai billboard pada anaknya nanti?
Quote Orix 1-6-2023 02:21 PM
xkan la zaman bangnon jd PM ni ada kroni lagi...xkan la........... kan dah tukar gomen....
Quote Rogue98 1-6-2023 02:28 PM
Mmg tak pernah tak ada problem Finas ni. Orang tu professional.. elok2 buat kerja korang pi buang pulak. Pastu tak bagitau pulak sebab2 dia.
Quote Cekla 1-6-2023 02:53 PM
orang politik mana boleh tgk orang lain lagi pandai dari dia..mesti kena buang la
Quote Perawankota 1-6-2023 03:43 PM
Dah agak dah.. mesti dia pon dpt Nasib yg serupa
Quote dudaberhias 1-6-2023 03:44 PM
sejak heols jadi ceo banyak kes... pasal pameran hantu lah dan macam2 lagi...

geran filem tah pape pun di luluskan berjuta2...

dah tua kerepot rasanya tak sesuai jadi ceo... cari je lah orang lain yang muda... tak kira lah professor ke idokkk yang hollywood punya entertainment pun takdok professor tapi bebudak muda jah semua... lagi function gittuh...

Quote heythere123 1-6-2023 03:51 PM
dudaberhias replied at 1-6-2023 03:44 PM
sejak heols jadi ceo banyak kes... pasal pameran hantu lah dan macam2 lagi...

geran filem tah pape  ...

oh banyak  masalah la rupanya selama ni.

Ingatkan bila dah lantik orang educated pegang jawatan, berkurang la masalah dalaman tapi rupanya tidak
Quote Honey_Inara 1-6-2023 03:57 PM
Boring betullah masalah finas ni..tak berkesudahan.. dari zaman iols rajin tengok melodi 15 thn lepas lagi..isu sama tak habis2..
Quote cmf_PariS 1-6-2023 04:02 PM
dia tk bagus ke chuols?
Quote Purplehaz 1-6-2023 04:20 PM
Adalah yg x elok tu kat mate ahl lembaga pgrh.

Org atas ni kalau dia sombong..kaki tegur..berlagak..susah nak blend..terlalu berprinsip..walau ada kemajuan ciput...
x kemana pun..susah nk bertahan.
Quote Lampuled 1-6-2023 04:53 PM
Maybe style skema and ikut rules kot. Org mesia ni mn suka keje dgn yg skema2.. yg sejenis tabur2 duit, belanja2 bagi hadiah org suka la.
Quote Sazreena 1-6-2023 05:08 PM
Finas ni tipikal gomen yg gone case. Susah nak maju...
Quote blekkep 1-6-2023 05:11 PM
baguslahhhhh syukur kena pecat...org2 pilem tau lar camne bongok n bongkak heols ni
Quote jalfa 1-6-2023 05:14 PM
Tak pomot pilem pmx ke
Quote ifanonline 1-6-2023 05:18 PM
tak inzalna la cam ni
Quote izat123 1-6-2023 05:31 PM
dudaberhias replied at 1-6-2023 03:44 PM
sejak heols jadi ceo banyak kes... pasal pameran hantu lah dan macam2 lagi...

geran filem tah pape  ...

Orang dalam FINAS je tahu dia bagus ke tak kan hahaha. Dia pun patut tahu sendiri dia bagus ke tak jangan nak terkejut sangat
Quote pichee 1-6-2023 06:11 PM
cmf_PariS replied at 1-6-2023 04:02 PM
dia tk bagus ke chuols?

Klu masuk tmpt yg mmg tgh tenat.. nk buat new developement mmg ssh…

Mcm kita masuk new company, yg tgh teruk management apa bagai.. kita nk buat apa2 pn kita yg kne balik
Quote totokreturn. 1-6-2023 06:17 PM
ikut tatakelola tak ni, jgn wawenang sgt
Quote KucingBiru 1-6-2023 06:26 PM
Sazreena replied at 1-6-2023 05:08 PM
Finas ni tipikal gomen yg gone case. Susah nak maju...

Kawan iols penah masuk kerja satu agensi gomen ni, dia dari company swasta, waktu dia masuk pengarah agensi tu baru ditukar dari org yang ada private background jugak.

Memang tak boleh. Membarah dah toxic culture kat agensi kerajaan ni. Masuk lambat, asyik hilang, balik nak cepat. Bila nak ditukar culture, yang kena balik org yang baru masuk ni. Sekejap je kawan iols kerja situ, pastu lari tak tahan. Baik kerja dgn company cina katanya.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.190013 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top