CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Pelakon Tak Cantik Atau Kacak Drama Tak Boleh Jual,"Azizah Mahzan

1-6-2023 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1315| Komen: 10

Azizah Mahzan, 59, kata, "Sebagus mana pun seseorang pelakon, kalau tak cantik atau kacak mahupun memiliki jutaan pengikut media sosial, drama tak boleh jalan (jual).”

Itu adalah hakikat yang terpaksa ditelan kerana penonton di negara ini juga lebih tertarik dengan kecantikan pelakon yang muncul dalam kaca televisyen.


Foto: IG

“Kalau (pelakon) sudah tua orang tak mahu lihat, tidak kisahlah sebagus mana pun anda.

“Saya terpaksa bersetuju dengan perkara ini sebab itu yang penonton mahu sekarang. Kita tak boleh kekal dengan tradisi lama dengan meletakkan ramai pelakon veteran dalam satu naskhah sebab pasaran kita kecil, sedangkan Indonesia pun susah hendak lepas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Azizah berkata, situasi tersebut jauh berbeza jika dibandingkan dengan negara Barat, India dan China yang tidak mempunyai masalah untuk meletakkan pelakon veteran handalan dalam sesebuah naskhah sehingga diterima ramai.


Sementara itu Azizah maenjadi selektif selepas kerap diberikan watak antagonis dan hampir sama bagi setiap drama yang pernah dijayakan.

Katanya, dia sangat mengidamkan watak yang dapat meninggalkan impak besar kepada penonton kerana drama bukan sekadar lakonan semata-mata.

“Saya tak ambil job sebab asyik-asyik karakter sama, balik-balik cerita ibu mentua tak suka menantu.

“Saya sangat teringin untuk menjayakan watak tentang pejuang wanita. Baik pejuang kanan atau kiri, saya tak kisah.

“Ada ura-ura hendak buat kisah Shamsiah Fakeh. Saya pernah dapat watak Matahari dalam sebuah drama lama, tetapi tak dapat dikeluarkan kerana ada masalah teknikal. Saya juga pernah dapat watak Tan Sri Saleha Mohd. Ali iaitu kakak kepada Tun Siti Hasmah.

“Cerita seperti inilah yang penuh dengan isi dan sarat mesej. Barulah saya dapat penjiwaan karakter sepenuhnya sebab feel dia lain kalau kita dapat watak hidup sebenar,” kongsinya. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 1-6-2023 01:51 PM
Kalau (pelakon) sudah tua orang tak mahu lihat, tidak kisahlah sebagus mana pun anda.


maaf, tak bersetuju
kalau cerita tu berkualiti, dan pelakonnya bagus, Iols akan tengok.

kecuali artis2 yang ada kontroversi murahan, yang tu weols elakkan
nak tengok menyampah. tapi stesen tv yang suka amik artis kontroversi murahan, lagi la orang katup tv

ni, rancangan ni semua orang.. umm.. veteran
syiok ja kami tengok. enjoy gila


Quote pocongkiutss 1-6-2023 01:59 PM
PULANGKAN replied at 1-6-2023 01:51 PM
maaf, tak bersetuju
kalau cerita tu berkualiti, dan pelakonnya bagus, Iols akan tengok.


Kat Malaysia ni yg viral buat benda bodoh..yg ada skandal murahan tu la yg director bagi job..jijik
Quote axl_bach 1-6-2023 02:23 PM
PULANGKAN replied at 1-6-2023 01:51 PM
maaf, tak bersetuju
kalau cerita tu berkualiti, dan pelakonnya bagus, Iols akan tengok.


Tp majoriti mmg nk tgk yg segak,  lawa,  kacak jer.  Sbb tu majoriti citer termasuk hollywood dan bollywood semua ganteng2
Quote Perawankota 1-6-2023 04:18 PM
Elok jer norreeeeenn tu dapat byk job
Quote twins 1-6-2023 04:45 PM
rasanya terpulang pd watak juga.  mcm utk watak mak-mak yg merana the best adalah Wan Maimunah & Norlia Ghani.  watak mak mertua kejam bg pd Liza Abdullah atau Azizah Mahzan atau Mak Engku & Laila Nasir pun boleh.  Watak mak/mertua baik & penyayang bg pd Aida Rahim atau Safura.  semua dah tua  (tp Aida masih lawa ) yg lain tu dah tua tp kena juga bg job sbb takkan nak bg Nabila Huda jd mak pulak hanya sbb konon kalau ambik pelakun veteren nanti x der org tengok drama....
Quote HabukBesi 1-6-2023 05:02 PM
seni tu bukan pada rupa paras
Quote dudaberhias 1-6-2023 05:09 PM
Ini semu FAKTOR bersaing dengan drama, filem, siri luar negara yang hanya di hujung jari je boleh tengok... Klik je netflix dah boleh tengok pelbagai drama/filem pelakon herlok2...

Even true beauty yang hero keras kejung tu pun ramai orang malaysia dok tengok sambil rembes termasuk kaka...

Macam mana kita nak bersaing dengan drama2 dari luar ni kalau pelakon kat malaysia semua taraf kelindan lori dan cashier kedai aceh jah...

Michelle yeoh dan henry golding tu kalau rhoper macam gampunk ingat orang nak ambik ke?

Terima je la hakikat yang keherlokan sangat penting di era zaman ni.... Contohnya MV kpop tu pun berbillionz views sebab herlok walaupun masing2 menyanyi macam binatang...

Tak semua manusia kat luar sana tengok penghayatan lakonan dan storyline sebab mostly yang tengok filem dan drama pun pakcik dan makcik birah jah... Asalkan boleh berair deorang tengok jah sampai habis. Drama korea tu paling banyak cringe n pelakon kejung tapi elok jah orang kita tengok dan ignore part2 tu... Asalkan jejan tu herlokkkk boleh la usap2 gittuh sambil tengok TV...

Quote anilanil 1-6-2023 05:42 PM
Fuyoo...acik jijah pernah dpt peran Matahari si perisik wanita ke? Mesti she excited kan dah la acik Matahari tu exotic dancer dgn gelek2 pakai bra emas.
Quote rosedemon 2-6-2023 09:05 AM
diamla acik k
Quote wadiunong 2-6-2023 11:52 AM
PULANGKAN replied at 1-6-2023 01:51 PM
maaf, tak bersetuju
kalau cerita tu berkualiti, dan pelakonnya bagus, Iols akan tengok.



bakal ada sambungan uols. mlm td tengok mcm production dah bg teaser. tak sangka owner Megah Holding ada Villa cantik kt Janda Baik

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.212480 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top