CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Menangis Satu Kedai Dengar, Tya Ariffin Dipuji-Puji Belikan Alat Permainan Untuk Budak Sindrom Down

1-6-2023 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1670| Komen: 10

Tya Arifin menjadi bualan selepas dia dilihat membelikan permainan kepada seorang kanak-kanak sindrom down di sebuah pusat membeli-belah.

Menerusi video tersebut, pada asalnya Tya hanya mendengar suara kanak-kanak menangis di dalam kedai permainan.


Foto: IG

“Kenapa sayang? Dia merajuk kenapa? Nak yang ini ke? Haa okay takpe ni kakak belanja,” kata Tya kepada kanak-kanak itu.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit datang bersama abangnya dan dia merajuk kerana keinginan untuk membeli permainan di situ tidak dituruti oleh abangnya.


Selepas memujuk kanak-kanak itu, Tya sempat menitipkan kata-kata nasihat agar dia menjadi anak yang baik dan mendengar kata orang tua.


Di ruangan komen, warganet memberikan kata-kata pujian atas sifat pemurah dan baik hati yang ditonjolkan oleh Tya.


“Senyum lebar dia. Thank you kak Tya, Moga murah rezeki selalu

“Sebaknya, terima kasih Tya membahagiakan anak istimewa ini. Semoga Tya dimurahkan rezeki


“Tak boleh tengok situasi macam ini. Semoga kita ada rezeki macam Tya untuk tolong orang,” tulis netizen di ruangan komen. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 1-6-2023 11:20 AM
jawa totok bini biawak ni dah start guna content anak OKU pulak dahhhhh... takkan la tetiba abang budak tu bawak masuk dalam kedai toys mahal pulak ye...hihihihihi
Quote ainonymous 1-6-2023 11:28 AM
ntah kenaapa kalau ig dia terlalu kat feed iols, aku menyampah dgr suara dia. pastu mcm fake gila acah paling suci suka derma bagai.
Quote afie_m 1-6-2023 11:31 AM
yg baik kita puji tapi untuk content kurang suka cara mcm ni..
Quote Nazzy1989 1-6-2023 11:42 AM
Sesuka hati je yindon ni buat anak orang jadi content.
Quote immortallez 1-6-2023 12:05 PM
Rakyat biasa pun ramai je yg buat mcm ni tapi tak ada la gigih nk rekod & post. Sumtimes sedih pun ada zaman skrg ni segala benda nk buat video. Kau nk tolong org tp gigih rekod tunjuk muka org tu, pada aku mcm dh mengaibkan pun ada
Quote likilu 1-6-2023 12:23 PM
Tak cukup anak sendiri anak orang tah mana mana kau kontentkan

JKM jangan nak tutup mata. Tangkap dah rehab orang yg lapar perhatian macam ni.
Quote gerbera.memopad 1-6-2023 02:58 PM
Sendiri upload kan? So susah untuk tidak meragui
Quote dudaberhias 1-6-2023 03:06 PM
hmmm iols kesian tengok budak tu nak mainan yang berapa hengget tu jah, bukan mahal pun sebab iols pun selalu pergi bahagian toys tu hahaha... rasanya dalam rm35 macamtu...

tapi takut jugak nanti makin ramai plak jadikan oku sebagai konten macam si sabut nyoq... siap reda kena hempuk dan smackdown dek anak...

yang ni plak gigih siapkan kameraman bagai sebelum lakukan amal..

Quote Perawankota 1-6-2023 04:20 PM
Kenapa fesyen dia haukkk
Quote Sazreena 1-6-2023 05:00 PM
Ada sebab kenapa abang budak tu tak nak belikan..dia tak nak biasakan adik dia mintak je dapat. Maklumlah rega menan skang pun dah sama ngan harga makanan sebulan bifoti. Sekali ko belikan senyumlah. Sok-sok dia melalak lagi...sendiri mau ingat.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.037366 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top