Sedar dirinya dikritik hipokrit kerana berpakaian sopan sewaktu menyambut hari raya di kampung halaman di Kelantan, ia tidak membuat Sabronzo berkecil hati. Anggota kumpulan Dolla dengan nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 28, itu berkata, dia tetap melayan peminat dengan baik walau dihujani kecaman.
“Yang kata saya fake tu... sebenarnya apabila ada di bandar pun saya tetap pakai baju kurung juga, saya tak kisah pun orang nak cakap apa atau beri pandangan begitu terhadap saya. “Kami pun ada peminat baharu, jadi mereka yang belum kenal pasti akan bertanyakan soalan yang sama mengenai pemakaian, kontroversi seksi mahupun apa saja. “Tak apa, kami okay untuk jelaskan kepada mereka terutamanya persoalan mengenai Dolla,” kata Sabronzo kepada mStar. Tambahnya, dia akan memakai baju biasa jika ke Pasar Siti Khadijah. Macam mana kategori biasa Sabronzo itu ya? Harapnya makcik pakcik di sana tak terbeliak mata lah. Sumber: mStar
|
missyL replied at 1-6-2023 12:10 AM
Die ni family je kan asl kelate
Nmpk die mcm bangsar bubble je heheheh
anilanil replied at 31-5-2023 11:03 PM
Satgi kena saman sbb tu kena berpakaian sopan.
LadyWhistledown replied at 1-6-2023 01:59 PM
dolla ni tiru style blackpink ke?
LadyWhistledown replied at 1-6-2023 01:59 PM
dolla ni tiru style blackpink ke?
ADVERTISEMENT