Tular sebuah video memaparkan seorang wanita mirip Datuk Seri Vida memakai pakaian seperti sami Buddha sambil menyebut lafaz ‘Bismillah’. “Bukan saya! Saya tahu sudah buat bermacam-macam benda, tapi saya tidak tergamak untuk mendua atau menyekutukan Allah SWT.
“Apa yang kalian lihat dalam media sosial itu bukan saya. Ramai ‘serang’ cakap itu saya tanpa bertanyakan sendiri kepada tuan badan. “Saya tidak akan pernah sesekali menduakan Tuhan kerana walaupun saya suka tampil dengan imej pelik, terpekik terlolong dan suka mengusik dalam media sosial, saya tahu batasan sebagai seorang Muslim,” katanya kepada Kosmo.
Ujar pelantun lagu I AM Me itu lagi, dia tidak kisah dengan tohmahan atau kecaman netizen biarpun apa yang tular itu bukan asbab datang dari tindakan atau perbuatannya. “Biarlah orang nak kata apa. Saya cuma jelaskan situasi sebenar bahawa wanita itu bukan saya.
|
liyamariska replied at 2-6-2023 02:06 AM
terkejut ai tgk rupa bulent ersoy kt nepal sampai jadi cmtu... apa yg ai tau bulent ni nama besar dl ...
ADVERTISEMENT