CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Nak Buang Sihir, Penyudahnya Tok Bomoh Suruh Masuk Bilik Dua Jam, Habis Digomol Badan Dan Kemaluan

31-5-2023 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3893| Komen: 47

Description: Petaling Jaya: Seorang wanita yang mahu mendapatkan rawatan kerana mengesyaki dirinya disihir bertukar tragedi apabila mendakwa dicabul pengamal perubatan tradisional ketika melakukan rawatan di Daman ...
Petaling Jaya: Seorang wanita yang mahu mendapatkan rawatan kerana mengesyaki dirinya disihir bertukar tragedi apabila mendakwa dicabul pengamal perubatan tradisional ketika melakukan rawatan di Damansara.


Perbuatan jijik lelaki berusia 60-an itu terbongkar selepas mangsa berusia 27 tahun membuat laporan polis, Ahad lalu.

Menurut sumber, kejadian berlaku pada 22 Mei lalu ketika mangsa bersama tunangnya ke pusat rawatan tradisional berkenaan dan bertemu seorang lelaki yang mengaku pengamal perubatan.


Gambar Hiasan

"Mangsa mendakwa disuruh memasuki sebuah bilik dan semasa proses rawatan, lelaki itu menyentuh bahagian badan dan kemaluannya beberapa kali.

"Sebaik selesai rawatan, lelaki itu menyuruh mangsa mandi dan meneruskan semula sesi rawatan mereka yang mengambil masa lebih dua jam.

"Semasa rawatan kedua itu, mangsa mendakwa diperlakukan perkara sama ke atas dirinya menyebabkan dia berasa takut lalu keluar dari bilik berkenaan," katanya.


Sumber berkata, mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada tunangnya.

Katanya, mangsa yang trauma dengan perbuatan pengamal perubatan terbabit tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, suspek ditahan dan direman sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 31-5-2023 12:12 PM
Quote telracs 31-5-2023 02:23 PM
Kalau tok bomoh tu lelaki, pesakit pempuan silalah masuk berteman...
Itu pun nak kena ajar ke...
Quote Sazreena 31-5-2023 02:40 PM
Janganlah nak percaya kalau perawat kata pesakit je leh masuk..itu namanya lauk pree.
Quote Decaffeinated 31-5-2023 03:25 PM
Sazreena replied at 31-5-2023 02:40 PM
Janganlah nak percaya kalau perawat kata pesakit je leh masuk..itu namanya lauk pree.

Lebih afdhol jangan percaya terus tok bomoh ni. Kalau sakit pi hospital.

Quote green~tea 31-5-2023 03:38 PM
Bodoh gila.. nauzubillah
Quote Yoonggi 31-5-2023 03:56 PM
so called perawat tu, x pdn dah tarap bapak2 kpd mangsa, lg mau buat mende terkutuk gini
Quote Rogue98 31-5-2023 04:01 PM
Dah banyak dah kes camni. Nak buat apa2 pi lah buat research dulu. Dah lah kena sihir ..bodoh pulak tu pi masuk bilik berdua dgn bomoh. Tunang pun sama bodoh.
Quote karamell 31-5-2023 04:12 PM
Kenapa pompuan tu tak ajak mak dia teman. Berani nya ko serah diri kat tokmoh tu. Tah2 masa ko mandi, tokmoh tu sedap mengendap
Quote Shayang 31-5-2023 04:35 PM
Perawat tu lalu plak ye ngan pompuan tu
Lawa ke? Biasa jarang marhaen lawa2
Quote AbukRokok 31-5-2023 04:38 PM
Shayang replied at 31-5-2023 04:35 PM
Perawat tu lalu plak ye ngan pompuan tu
Lawa ke? Biasa jarang marhaen lawa2

Amboi ingat t20 semua lawa lawa ke ada yg duit byk bkepok2 pun xmampu mengubah kejelikang wajah
Quote gigahertz 31-5-2023 04:53 PM
telracs replied at 31-5-2023 06:23 AM
Kalau tok bomoh tu lelaki, pesakit pempuan silalah masuk berteman...
Itu pun nak kena ajar ke...
{:1 ...

plot twist : tunang ada hutang dengan bomoh.
takde duit nak bayar. bomoh suruh gadai apa yang ada.
Quote midori888 31-5-2023 04:54 PM
celaka punya tok bomoh
Quote telracs 31-5-2023 04:57 PM
gigahertz replied at 31-5-2023 08:53 AM
plot twist : tunang ada hutang dengan bomoh.
takde duit nak bayar. bomoh suruh gadai apa yang ada ...

Hahaha..
Drama sangat ni..
Quote PULANGKAN 31-5-2023 06:10 PM
Shayang replied at 31-5-2023 04:35 PM
Perawat tu lalu plak ye ngan pompuan tu
Lawa ke? Biasa jarang marhaen lawa2

hey! amboooiiihh mulut  

amik ko, amik ko
Quote Sazreena 31-5-2023 07:01 PM
Decaffeinated replied at 31-5-2023 03:25 PM
Lebih afdhol jangan percaya terus tok bomoh ni. Kalau sakit pi hospital.

Tak semua penyakit hospital leh detect. Moralnya cari la perawat Islam yg legit. Yg merawat terang-terang...tak bersentuhan. Kalau sentuh pun berlapik.
Quote otai_g 31-5-2023 07:18 PM
Ni bomoh cina ka bomoh yindia?
Quote rosedemon 1-6-2023 08:36 AM
bodo je serah body bodo2 xleh pikir logik ke
Quote Firenzza 1-6-2023 08:40 AM
Dh dok 2 jam dlm bilik x kan tgok jerr
Quote twins 1-6-2023 11:00 AM
telracs replied at 31-5-2023 02:23 PM
Kalau tok bomoh tu lelaki, pesakit pempuan silalah masuk berteman...
Itu pun nak kena ajar ke...
{:1 ...

sebenarnya kalau pengamal perubatan yang betul pun dia secara otomatik akan panggil
pembantu perempuan dia masuk sama.  dia takkan berdua2an dgn pesakit saja.
sesetengah tu pembantu perempuan tu yg akan "pegang" pesakit... dia hanya akan baca ayat jer..
tp kalau "bomoh" lain la pulak ceritanya kan.....sbb tu jd mcm ni

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.058500 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top