Australian News Corp melaporkan Malaysia gagal bekerjasama dengan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dalam proses penyiasatan penembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 tahun lepas. Laporan tersebut disangkal oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai apabila ditanya oleh pemberita selepas melancarkan penjenamaan semula Institut Vokasional Tunku Abdul Rahman (VTAR), yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Kojadi semalam. Tegas beliau, Malaysia bukan sahaja memberi kerjasama kepada DSB, malah melakukan banyak usaha serta bekerjasama rapat dengan lembaga itu. "Saya kecewa dan sedih mendengar berita seperti ini kerana Malaysia telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan itu." Australian News Corp melaporkan bahawa DSB, dalam laporan penyiasatan teknikalnya dikeluarkan pada 13 Okt, didakwa mengkritik Malaysia dengan berkata negara ini bekerjasama hanya "dalam cara terhad" dalam proses penyiasatan itu.
Berita selanjutnya : malaysiakini |
12
Bagus |
15
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
13
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT