CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Terbakar Gara-Gara Tinggalkan Cermin Mata Hitam

30-5-2023 09:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 561| Komen: 4

London – Dalam  kejadian pada Sabtu lalu, sepasang kaca mata hitam yang ditinggalkan di dalam sebuah kereta mencetuskan kebakaran dengan ruang dalaman kenderaan itu mencair.

Kaca mata itu memantulkan cahaya matahari yang menyebabkan papan pemuka serta ruang enjin terbakar. 


Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Nottinghamshire di Britain mengeluarkan amaran supaya  orang ramai  tidak meninggalkan kaca mata hitam di dalam kereta terutamanya di ruang yang terdedah kepada pancaran matahari, lapor portal berita MailOnline semalam.

Keadaan kereta tersebut selepas kaca mata terbakar akibat ditinggalkan ketika cuaca panas. – SWNS/ Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Nottinghamshire

Pasukan penyelamat dipanggil ke lokasi kejadian pukul 5.05 petang (waktu tempatan) dan mengeluarkan amaran berkenaan kepada pemandu lain.

“Sila berhati-hati kerana ia (kaca mata) boleh mencetuskan kebakaran. 

“Sebelum ini, kami memadamkan kebakaran  berpunca daripada kaca mata yang dibiarkan di atas papan pemuka. Pastikan anda menjauhkan objek pemantul daripada pancaran   matahari,” katanya.

Amaran tersebut menerima reaksi ramai pemandu di media sosial. Rata-rata mereka tidak  menyedari tentang bahaya tersebut.

“Maklumat yang bagus. Tahniah kerana memberi amaran mengenai perkara ini dan memadamkan kebakaran,” kata seorang pengguna media sosial.

“Tidak pernah tahu mengenai perkara ini,” ujar netizen  lain. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 30-5-2023 09:50 PM
Benda orang habaq lama dah. Dok buat juga. Esok2 jadi lagi
Quote Supersirap 30-5-2023 10:14 PM
Dah tahu sekarang jangan buat ya
Quote Belibis 31-5-2023 08:01 AM
Ni spek ejen Ethan agaknya.
Quote Rajawali 31-5-2023 08:18 AM
cuaca london lagi panas dari malaysia.tinggal spek je boleh terbakar kereta .Kereta orang malaysia pulak penuh soft toy dan tisu kat belakang tu tak pernah terbakar pulak

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.030875 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top