View: 435|Reply: 4
|
Kereta Terbakar Gara-Gara Tinggalkan Cermin Mata Hitam
[Copy link]
|
|
London – Dalam kejadian pada Sabtu lalu, sepasang kaca mata hitam yang ditinggalkan di dalam sebuah kereta mencetuskan kebakaran dengan ruang dalaman kenderaan itu mencair.
Kaca mata itu memantulkan cahaya matahari yang menyebabkan papan pemuka serta ruang enjin terbakar.
Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Nottinghamshire di Britain mengeluarkan amaran supaya orang ramai tidak meninggalkan kaca mata hitam di dalam kereta terutamanya di ruang yang terdedah kepada pancaran matahari, lapor portal berita MailOnline semalam.
Keadaan kereta tersebut selepas kaca mata terbakar akibat ditinggalkan ketika cuaca panas. – SWNS/ Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Nottinghamshire
Pasukan penyelamat dipanggil ke lokasi kejadian pukul 5.05 petang (waktu tempatan) dan mengeluarkan amaran berkenaan kepada pemandu lain.
“Sila berhati-hati kerana ia (kaca mata) boleh mencetuskan kebakaran.
“Sebelum ini, kami memadamkan kebakaran berpunca daripada kaca mata yang dibiarkan di atas papan pemuka. Pastikan anda menjauhkan objek pemantul daripada pancaran matahari,” katanya.
Amaran tersebut menerima reaksi ramai pemandu di media sosial. Rata-rata mereka tidak menyedari tentang bahaya tersebut.
“Maklumat yang bagus. Tahniah kerana memberi amaran mengenai perkara ini dan memadamkan kebakaran,” kata seorang pengguna media sosial.
“Tidak pernah tahu mengenai perkara ini,” ujar netizen lain.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Benda orang habaq lama dah. Dok buat juga. Esok2 jadi lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tahu sekarang jangan buat ya |
|
|
|
|
|
|
|
Ni spek ejen Ethan agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
cuaca london lagi panas dari malaysia.tinggal spek je boleh terbakar kereta .Kereta orang malaysia pulak penuh soft toy dan tisu kat belakang tu tak pernah terbakar pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|