Oleh Izzah Abbasy
Loading FB Video...
Siapa yang tak pernah ke restoran makanan segera? Tipulah kalau tak pernah kan? Sudah pasti restoran ini banyak kat Malaysia dan memang terkenal seperti McDonald (McD), Kentucky Fried Chicken (KFC), Marrybrown, Burger King dan lain-lain. Rata-rata yang menggemari restoran makanan segera ini kerana menu yang sudah tersedia, mudah, cepat dan harga yang berpatutan. Selain, resepi yang mempunyai rahsia tersendiri sehingga kini. Isu burger berulat, ayam berulat di restoran makan segera terkemuka ini bukanlah perkara baru. Ia sering terjadi. Terpulang kepada individu perasan atau tidak dengan ulat yang berada dalam makanan tersebut. Gambar hiasan Kejadian ini terjadi di McDonalds cawangan Blk 208 Hougang Street 21, Singapura. Video ini dimuatnaik oleh Jasper Lee dan telah diviralkan oleh All Singapore Stuff. Dari mana agaknya ulat itu datang? Geli pula rasa, manalah tahu sebelum ini tak perasan ulat ada pada burger atau ayam yang dibeli. Dah lapar sangar, terus makan sahaja tanpa periksa. Betul tak? Besar kebarangkalian pekerja McD ini menggunakan daging burger semalam dan mungkin ia sudah tidak elok. Namun, mereka tidak perasan atau juga tidak mempedulikan soal kebersihan. Walaupun bahan tersebut tidak diproses di cawangan tersebut, pihak McD ini atau pengurus haruslah teliti dengan bahan sejuk beku yang dibawa masuk. Semak tarikh tamat tempoh dan periksa kualiti bahan yang ingin dijual. Walaupun perkara ini dilihat kecil dan remeh. Ia tetap melibatkan pelanggan dan secara tidak langsung menjejaskan pendapatan syarikat tersebut. Rata-rata komen daripada Facebookers meminta Menteri untuk campur tangan dan menyelesaikan isu ini. - CARI Infonet Kredit Video : Facebook All Singapore Stuff
|
20
Bagus |
15
Marah |
14
Terkejut |
23
Sedih |
9
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT