Diana Danielle menafikan dakwaan Farid Kamil yang dia telah menerima barang kemas, diserahkan melalui dua anak mereka iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun. Diana berkata, dia tidak selesa apabila Farid menggunakan anak lelaki mereka untuk menyerahkan barang kemas berkenaan dan mengambil keputusan untuk tidak memberikan sebarang reaksi apabila menerima pemberian berkenaan.
"Sebenarnya saya tak terima 'lapan cincin' itu. Dia (Farid) berikan kepada anak lelaki saya dan memintanya untuk menyerahkan kepada saya. "Saya rasa tak selesa dengannya, tapi saya tidak berikan sebarang reaksi (terhadap hadiah itu)," katanya melalui IG Story. Pada Selasa, Farid memberitahu dia tetap mahu mempertahankan rumah tangga bersama Diana sejak 11 tahun lalu. Dakwa Farid, Diana turut menerima hadiah pemberiannya berupa enam bentuk cincin dan dua utas rantai yang diserahkan melalui anak-anaknya.
"Usaha memujuk sudah saya lakukan, lebih 10 kali usaha untuk berbaik semula. Saya saya isteri saya dan dalam situasi sekarang ini pun saya masih mencuba. "Alhamdulillah hadiah yang saya serahkan melalui anak-anak pun dia ada terima dan mengucapkan terima kasih," katanya. Dalam pada itu, Diana juga memaklumkan dia tidak pernah mengucapkan terima kasih atas pemberian itu malah sudah menolak pemberian itu melalui peguamnya. Memandangkan perkara itu diperbesarkan Farid, Diana turut memohon suaminya itu tidak lagi memberikan sebarang hadiah melalui anak-anak mereka. “Saya tak pernah mengucapkan terima kasih sebab saya menolak cincin-cincin itu melalui peguam saya. Tapi, dia gunakan anak saya untuk serahkan kepada saya. “Jadi, sekarang, dah alang-alang kita terbuka mengenainya, tolong jangan berikan sebarang hadiah melalui anak-anak lagi,” tulisnya. Farid dan Diana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan sebutan kes nusyuz. Hakim Syarie Shukran Yusof menasihatkan Farid menceraikan Diana selepas laporan JPK mendapati wujud shiqaq dalam perkahwinan mereka. Pelakon itu bagaimanapun enggan berbuat demikian. -CARI Sumber: mStar
|
rosedemon replied at 31-5-2023 08:50 AM
farid ni jmpe dedapan mmg kacak
rosedemon replied at 31-5-2023 08:50 AM
farid ni jmpe dedapan mmg kacak
ADVERTISEMENT