CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2129|Reply: 16

Diana Danielle Nafi Terima Barang Kemas Daripada Farid Kamil "Saya Tak Pernah Ucap Terima Kasih, Tolak 8 Cincin"

[Copy link]
Post time 30-5-2023 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Diana Danielle menafikan dakwaan Farid Kamil yang dia telah menerima barang kemas, diserahkan melalui dua anak mereka iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.


Diana berkata, dia tidak selesa apabila Farid menggunakan anak lelaki mereka untuk menyerahkan barang kemas berkenaan dan mengambil keputusan untuk tidak memberikan sebarang reaksi apabila menerima pemberian berkenaan.




Foto: HYPE




"Sebenarnya saya tak terima 'lapan cincin' itu. Dia (Farid) berikan kepada anak lelaki saya dan memintanya untuk menyerahkan kepada saya.


"Saya rasa tak selesa dengannya, tapi saya tidak berikan sebarang reaksi (terhadap hadiah itu)," katanya melalui IG Story.


Pada Selasa, Farid memberitahu dia tetap mahu mempertahankan rumah tangga bersama Diana sejak 11 tahun lalu.


Dakwa Farid, Diana turut menerima hadiah pemberiannya berupa enam bentuk cincin dan dua utas rantai yang diserahkan melalui anak-anaknya.


"Usaha memujuk sudah saya lakukan, lebih 10 kali usaha untuk berbaik semula. Saya saya isteri saya dan dalam situasi sekarang ini pun saya masih mencuba.


"Alhamdulillah hadiah yang saya serahkan melalui anak-anak pun dia ada terima dan mengucapkan terima kasih," katanya.


Dalam pada itu, Diana juga memaklumkan dia tidak pernah mengucapkan terima kasih atas pemberian itu malah sudah menolak pemberian itu melalui peguamnya.


Memandangkan perkara itu diperbesarkan Farid, Diana turut memohon suaminya itu tidak lagi memberikan sebarang hadiah melalui anak-anak mereka.


“Saya tak pernah mengucapkan terima kasih sebab saya menolak cincin-cincin itu melalui peguam saya. Tapi, dia gunakan anak saya untuk serahkan kepada saya.


“Jadi, sekarang, dah alang-alang kita terbuka mengenainya, tolong jangan berikan sebarang hadiah melalui anak-anak lagi,” tulisnya.


Farid dan Diana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan sebutan kes nusyuz.


Hakim Syarie Shukran Yusof menasihatkan Farid menceraikan Diana selepas laporan JPK mendapati wujud shiqaq dalam perkahwinan mereka.


Pelakon itu bagaimanapun enggan berbuat demikian. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
8 cincin ko kasi??? penuh jari diana nk kena pakai
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
"Alhamdulillah hadiah yang saya serahkan melalui anak-anak pun dia ada terima dan mengucapkan terima kasih," katanya.

Diana menafikan dakwaan Farid Kamil.

Teruk Halusinasi FK ni. Kena bawak berubat
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:14 PM | Show all posts
Kesian betul kat FK ni….kau ingat ni berlakon filem ke????
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:29 PM | Show all posts
dah bagi 8 cincin pun dia tolak maknanya dia memang dah tak nak dekat hang la parit kacip oi... siap suruh anak bagi pun dia dah tak mau....

dah tak larat nak hadap mulut herot dengan muka berlubang2 boleh tanam taugeh tu...

apa kata dari ko gigih duk perabih duit beli cincin tu ko pergi laser seluruh muka tu kat klinik bagi licin... takpun tampal2 pakai putty filler...

bagus untuk kerjaya ko juga... kot2 isteri boleh berselera balik tengok... ni tengok rhoper laki terus menopos...

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat 8 cincin je..berapa gram la sgt ..bg la emas jongkong 999 8 ketul..yg seketul 1kg..br la btl2 gempak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2023 08:50 AM | Show all posts
farid ni jmpe dedapan mmg kacak
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 09:49 AM | Show all posts
rosedemon replied at 31-5-2023 08:50 AM
farid ni jmpe dedapan mmg kacak

ya, tapi perasan konon2 org dok tengok dia..tu masa dia belum kahwin la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 10:01 AM | Show all posts
amik je la DD brg kemas tu
selama ni pun ko yg bayar sewa rumah
cerai hal lain
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Farid seperti berada dalam dunianya sendiri.
Dunia utopia di mana DD masih menyintai Farid.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 10:07 AM | Show all posts
Edited by maharani_gebu at 31-5-2023 10:09 AM

bagi bunga reject

bagi duit reject

bagi keta reject

bagi cincin reject

bagi rantai reject

dd suh ko bagi TALAK aje farit oiii... baru dia terima








Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dd ni sejenis tetap pendirian. Ada setengah org tu laki pujok sket bagi bunga dah cair. Pastu baik kejap gadoh balik. Pastu bg bunga lagi. Pastu baik kejap pastu gado balik. Ulang sampai bangjamil mamposss
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
rosedemon replied at 31-5-2023 08:50 AM
farid ni jmpe dedapan mmg kacak

euwwww nope
berapa kalai jumpa depan2
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 02:38 PM | Show all posts
Hallucination sangat ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 02:40 PM | Show all posts
bila la parit ni nak move on
selalu kita nmpk pompuan yg susah nk move one
ni parit cam betul susah ni nk lupakan n lepaskan DD
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 02:52 PM | Show all posts
nnti ujung2 ikut mcm PS...terbitkan buku psl bakal ex laki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
si kacip kne kencing dgn anak ke? kot anak kate mummy amek n say thanks, teros berbunge2 si kacip bercerite kt org 'perkembangan' positip ni

pandai ko nk pancing bini gune anak, gune parents.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.194779 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list