"Dia tidak bertemu dan bersalam. Mungkin dia tak nampak dan mungkin dia tak perasan. Saya pun tak pastilah," kata pelakon, Farid Kamil ketika ditanya mengenai reaksi isterinya, Diana Danielle apabila melihat kedua-dua ibu bapanya hadir ke mahkamah di sesi prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka, hari ini.
Farid Kamil mendakwa isterinya, Diana Danielle tidak bersalaman dengan kedua ibu bapanya yang hadir ke mahkamah di sesi prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka, hari ini. "Dia tidak bertemu dan bersalam. Mungkin dia tak nampak dan mungkin dia tak perasan. Saya pun tak pastilah," katanya. Perkara sama mungkin berlaku kepada ibu bapanya yang tidak perasan kehadiran Diana memandangkan ramai berbaju dengan warna sama ketika dalam mahkamah. "Saya rasa, mereka tak perasan mana satu Diana sebab semua yang hadir berbaju hitam. Dia keluar pun tidak ikut pintu utama," katanya.
Berkongsi mengenai kehadiran ibu bapanya, Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah, Farid berkata, kehadiran mereka dari Kedah membawa bersama sokongan dan doa untuk rumah tangganya. "Ini kali pertama mereka hadir ke mahkamah dan berikan sokongan. Mereka beri sokongan dan doa agar perkahwinan ini mendapat keputusan yang terbaik dari mahkamah nanti. "Ibu bapa yang sentiasa menyokong anak mereka walau dalam apa keadaan sekalipun. Hari ini, kedatangan mereka jauh dari Kedah untuk bersama-sama melihat situasi perkembangan terkini," katanya. Sumber: Harian Metro
|
opie5662 replied at 30-5-2023 06:52 PM
Org kalau dah menyampah... Bayang kau pon org taknak tgk...
Ibu bapa yang sentiasa menyokong anak mereka walau dalam apa keadaan sekalipun. Hari ini, kedatangan mereka jauh dari Kedah untuk bersama-sama melihat situasi perkembangan terkini," katanya.
ADVERTISEMENT