CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Tamat Zaman Duda? Afdlin Shauki Tak Nak Jawab, Nak Jaga Hati Bekas Isteri

30-5-2023 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2769| Komen: 22

Tak nak ulas status dirinya, Datuk Afdlin Shauki memberitahu bakal berkongsi sesuatu istimewa pada Ogos depan.

Katanya dia tidak berniat menyembunyikan tentang hal berkaitan peribadi namun belum bersedia mendedahkan kepada umum.


Foto: IG

"Tiada apa yang menarik pun tentang kisah peribadi saya. Cuma berkaitan hal itu saya akan kongsi pada Ogos depan.

"Saya menunggu masa sesuai untuk bercakap tentang hal tersebut," katanya kepada mStar.



Sebelum ini, tindakan pelakon itu memuat naik foto seorang wanita di Instagram miliknya mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat mengenai hubungan sebenar mereka

Ada sesetengah membuat anggapan pelakon itu sudah berkahwin dengan wanita tersebut apabila ruang komen foto itu ramai mengucapkan tahniah serta memanggilnya dengan gelaran Datin.

Tidak ambil pusing dengan kata-kata dan tanggapan sesetengah pihak, Afdlin berkata, dia sudah terbiasa dengan perkara itu apatah lagi dia orang lama dalam industri seni.



"Sekarang ini pun saya sudah biasa dengan kata-kata netizen. Biarlah mereka nak kata apa pun."

Tambah Afdlin, dia juga harus menjaga hati bekas isteri iaitu Maria Christina Orow Abdullah selepas mereka bercerai pada April tahun lalu.


"Hubungan saya dengannya baik sahaja. Kami tiada masalah selepas berpisah. Sekarang pun lebih setahun kami berpisah.

"Saya pun harus menjaga hatinya, jadi itu antara sebab saya tidak banyak kongsi kisah peribadi selepas kami berpisah,” jelasnya.



Untuk rekod, Afdlin dan Christina mendirikan rumah tangga pada 1997 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MistrezHermanaz 30-5-2023 08:44 PM
Muda nya mcm student je
Quote Rogue98 30-5-2023 09:15 PM
Marcella Biddulph started off as a Personal Assistant and rose through the ranks to become the Head of the Artiste Management department at PETRA Vision Works.
7 years later and she is today the Vice General Manager of PETRA Vision Works and Assistant to the Chief Executive of PETRA Media. Marcella supports and assists the Chief Executive and General Manager in the respective companies under the PETRA Media umbrella by managing or co-ordinating with the respective department heads to ensure the smooth running of various projects.
Quote Rogue98 30-5-2023 09:19 PM
Achik jeri jugak tak penuh2 tabung. Kena mintak tolong misi rakyat ni...
Quote Dolmat 30-5-2023 09:22 PM
Rogue98 replied at 30-5-2023 09:19 PM
Achik jeri jugak tak penuh2 tabung. Kena mintak tolong misi rakyat ni...

Jerryyyyyy bercinta nak kahwin dgn halimunan... Tu yg kita semua sampai lah ni tak nampak!!
Quote sleepandream 30-5-2023 09:43 PM
perempuan bukan suka laki yg kelakar ke?
thats why harith iskander dpt bini meletop katanyer...
tapi dah jodoh tak panjang khen...
Quote makcun14 30-5-2023 09:46 PM
alahai. bagi mak penceraian paling sedih bila yang kena cerai itu mualaf. dah la kau amik dia dapat kepercayaan dari family dia,  bawak masuk islam bagai..
last last berskandal and cerai?
Quote newyork 30-5-2023 09:48 PM
Rogue98 replied at 30-5-2023 09:19 PM
Achik jeri jugak tak penuh2 tabung. Kena mintak tolong misi rakyat ni...

Baru nampal acik jerry dgn serabai masamnya kat bukit antarabangsa tempoh hari
.sorang ja tgkk ..hahahha
Quote Rogue98 30-5-2023 10:04 PM
newyork replied at 30-5-2023 09:48 PM
Baru nampal acik jerry dgn serabai masamnya kat bukit antarabangsa tempoh hari
.sorang ja tgkk ..h ...

Aduhhhh....hilang pulak achik jera....mana pulak dia pergi...
Kena suruh achik jeri pi tanya Johan asari...hehe
Quote Ahriman 30-5-2023 10:22 PM
makcun14 replied at 30-5-2023 09:46 PM
alahai. bagi mak penceraian paling sedih bila yang kena cerai itu mualaf. dah la kau amik dia dapat  ...

Sape yang berskandal?afdlin atau ex wife die?
Quote dudaberhias 30-5-2023 10:25 PM
Rogue98 replied at 30-5-2023 09:19 PM
Achik jeri jugak tak penuh2 tabung. Kena mintak tolong misi rakyat ni...

pacik jeri bakal berkahwin di alam bunian... bersanding semua nanti pun di alam sana agittuh.... husnuzon...
tetamu yang nak datang kena astral travel ala2 doctor strange yach... majlis very the private gittewww yang pasti di buat di istana meskipun di alam sebalik mata... serhoper romah nek ta tu la... dah bertahun2 baru siap... hujung2 tup tup istana kokdiang berpindah lokasi...




Quote Rogue98 30-5-2023 10:42 PM
dudaberhias replied at 30-5-2023 10:25 PM
pacik jeri bakal berkahwin di alam bunian... bersanding semua nanti pun di alam sana agittuh.... h ...

Haha...terlebih glamour nanti....kita jer hijab tertutup... walaupun achik jeri letak gambar besar2.
Quote dua_chzy 30-5-2023 10:56 PM
Edited by dua_chzy at 30-5-2023 02:57 PM
Rogue98 replied at 30-5-2023 01:15 PM
Marcella Biddulph started off as a Personal Assistant and rose through the ranks to become the Head  ...


Sheols ka sekendel Afdlin yang buat Christina mintak serai? Tapi gosip Cari kata sekendel tu muda seksi, yang ni muda berlitup pula?
Quote makcun14 30-5-2023 11:00 PM
Ahriman replied at 30-5-2023 10:22 PM
Sape yang berskandal?afdlin atau ex wife die?

afdlin la chuols berskandal.
Quote makcun14 30-5-2023 11:10 PM
btw, wanita bertudung ini BUKAN si skandal.
berskandal sampai cerai anak orang, last last tak nikah pun ngan sang skandal.
orang lain pulak dibuat pasangan halal
haktuihhh punya jantan
Quote Rogue98 31-5-2023 12:38 AM
dua_chzy replied at 30-5-2023 10:56 PM
Sheols ka sekendel Afdlin yang buat Christina mintak serai? Tapi gosip Cari kata sekendel tu muda  ...

X tau lah u...diaorang cerai ms time pkp tu kan. Katanye afdlin takde job masa tu..so affect the marriage. Toys collection ke apa benda ntah dia terpaksa jual.
Quote rosedemon 31-5-2023 08:48 AM
puihhh gudu cmni main betina jgk ke
Quote MistrezHermanaz 31-5-2023 09:03 AM
makcun14 replied at 30-5-2023 11:10 PM
btw, wanita bertudung ini BUKAN si skandal.
berskandal sampai cerai anak orang, last last tak nikah ...

ni br clear..sbb setau iols scandal dia bkn bertudung litup ni, tp seksi seksa..mmg confirm dh nikah eh dgn marcella ni..ada gambo afdlin satu family terselit marcella ni jgk
Quote ketupatnasi 31-5-2023 09:09 AM
Rogue98 replied at 30-5-2023 09:19 PM
Achik jeri jugak tak penuh2 tabung. Kena mintak tolong misi rakyat ni...

tiap kali berita retis kawen mesti teringat acik jeri jua.... sekarang neh tambah lagi sorang, acik johan asari, ada kaitan dengan kekasih berada di negeri Perlis jua
Quote anony-mous 31-5-2023 09:37 AM
Lawa lg ex dia. Sory terpksa ckp

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.036609 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top