CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Akaun Bank Ismahalil Dibekukan Sampai Sekarang, Isteri Kesempitan Duit Nak Besarkan 3 Anak

30-5-2023 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1313| Komen: 7

Isteri Ismahalil Hamzah, Nor Haslinda Abd Manaf, 50,  mendedahkan berada dalam kesempitan sejak suaminya itu ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor dua tahun lalu.

Tambah payah apabila akaun bank Ismahalil masih dibekukan sedangkan dia perlu menampung perbelanjaan untuk tiga anak mereka yang masih bersekolah.



Foto: Google

"Saya seperti seorang ibu dan bapa untuk ketiga-tiga anak saya. Semua saya kena usahakan dari segi kewangan, persekolahan dan segala-galanya.

"Dengan akaun bank suami masih dibekukan tetapi Alhamdulillah akaun baru saya dilepaskan, jadi dapatlah tampung sikit-sikit perbelanjaan.

"Cuma saya ralat sikit sebab akaun suami masih dibekukan, sekurang-kurangnya kalau akaun itu dapat diakses, dapatlah digunakan untuk anak-anak," katanya kepada mStar.

Ismahalil mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.



Foto: mStar

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Nor Haslinda berkata, sebelum suaminya ditahan, dia memang mengharapkan kepada Ismahalil untuk membayar sewa rumah, kereta, perbelanjaan sekolah anak-anak mereka dan bil utiliti yang lain.

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana ada ahli keluarga yang menghulurkan bantuan kewangan yang sedikit sebanyak meringankan beban ditanggung.

"Apa yang mereka bantu, saya perlu pulangkan balik selepas kes ini selesai, Insya Allah.

"Saya semangat sebab saya lihat ibu mentua saya sangat kuat walaupun dia sendiri tak berapa sihat.

"Dia selalu berdoa dan saya jadi kuat untuk lawan dan tegak kebenaran untuk suami saya dan pulangkan kembali suami ke pangkuannya," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 30-5-2023 06:33 PM
kes mengedar..mmg la akaun bank dibeku/harta disita..
Roda berputar ..dah sampai mase ko kena mandiri cari nafkah pulak.
Quote dudaberhias 30-5-2023 06:41 PM
aiyoooo waktu laki dok mengedar tu takkan la tak beli emas berkilo2 macam ponder kena culik kat kelantan tu...

kot ye pun boleh gadai apa... dah la emas tengah mahal nyah... tak cerdik betul..

Quote Burong_Hantuk 31-5-2023 08:00 AM
si isma nih bakat ada...tapi sayang selalu buat masalah
Quote rosedemon 31-5-2023 08:48 AM
boooooooooooooooooooooooo keja laaa
Quote tompie 31-5-2023 09:19 AM
Kes ni pun baru nak naik mahkamah kan..
kesian jugak ahh kat bini dia... Laki buat hal, tapi anak bini yang menanggung siksa sekali..
Quote Suchi 31-5-2023 09:28 AM
Kalau kes bunuh org ke apa tu akaun kena beku gak ke? Kang cemana nak bayor duit jamin?
Duit ada tapi takleh dikuarkan.
Quote anony-mous 31-5-2023 09:35 AM
Purplehaz replied at 30-5-2023 06:33 PM
kes mengedar..mmg la akaun bank dibeku/harta disita..
Roda berputar ..dah sampai mase ko kena mandir ...

Baru nk ckp. Dah kes jenayah, berat plak tu, mmg la kena beku. Kalau dlm akaun tu ada ratus ribu duit jual dadah, xkn nk lepaskan? Wife dia ni xtau ke keje laki tokan dadah? Dulu mcm2 cerita sblm laki dia kena tgkap.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.030746 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top