Perbicaraan kes Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Ab Samad atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta ditetapkan selama sembilan hari bermula 10 hingga 14 serta 20, 21, 24 dan 25 Julai ini.
Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How berkata, tarikh itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob ketika sebutan kes, hari ini. "Tarikh bicara ditetapkan selepas keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes sama pada 7 Julai ini," katanya. Media sebelum ini melaporkan bantahan awal pihak pendakwaan terhadap rayuan Bung Moktar dan Zizie Izette berhubung keputusan yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah akan didengar di Mahkamah Rayuan, 7 Julai ini. Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra didakwa menerima rasuah daripada Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015. Tertuduh juga didakwa menerima suapan RM335,500 daripada Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015. Pendakwaan terhadap Bung Moktar dibuat mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
supernaturalee replied at 30-5-2023 12:10 PM
dlm gmbr ats ni nmpk mcm zizi yg sblm2 ni
xde la nmpk mcm buat muka pun
dlm thread2 sblm ni nmpk gi ...
rosedemon replied at 30-5-2023 08:35 AM
zizie cm xda prasaan yach duk bsronok je lg aku negok
Shahman86 replied at 30-5-2023 01:10 PM
Mcm dlm drama dia aduhai esah ke apa tu..yg dia jd budak terencat
ADVERTISEMENT