View: 726|Reply: 9
|
Pertuduhan Rasuah- Perbicaraan Bung Mokhtar Dan Zizie Izette Ditetapkan Selama 9 Hari Julai Ini
[Copy link]
|
|
Perbicaraan kes Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Ab Samad atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta ditetapkan selama sembilan hari bermula 10 hingga 14 serta 20, 21, 24 dan 25 Julai ini.
Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How berkata, tarikh itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob ketika sebutan kes, hari ini.
"Tarikh bicara ditetapkan selepas keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes sama pada 7 Julai ini," katanya.
Foto: Awani
Media sebelum ini melaporkan bantahan awal pihak pendakwaan terhadap rayuan Bung Moktar dan Zizie Izette berhubung keputusan yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah akan didengar di Mahkamah Rayuan, 7 Julai ini.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra didakwa menerima rasuah daripada Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.
Tertuduh juga didakwa menerima suapan RM335,500 daripada Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.
Pendakwaan terhadap Bung Moktar dibuat mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
acik zizie tgh busy workout kat gym...mungkin nk bina badan sblm ke penjara |
|
|
|
|
|
|
|
zizie cm xda prasaan yach duk bsronok je lg aku negok |
|
|
|
|
|
|
|
dlm gmbr ats ni nmpk mcm zizi yg sblm2 ni
xde la nmpk mcm buat muka pun
dlm thread2 sblm ni nmpk gitu |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 30-5-2023 12:10 PM
dlm gmbr ats ni nmpk mcm zizi yg sblm2 ni
xde la nmpk mcm buat muka pun
dlm thread2 sblm ni nmpk gi ...
Mcm dlm drama dia aduhai esah ke apa tu..yg dia jd budak terencat |
|
|
|
|
|
|
|
rosedemon replied at 30-5-2023 08:35 AM
zizie cm xda prasaan yach duk bsronok je lg aku negok
Kan.. Mcm x memberi kesan pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku harap cepat2 la dakwa dan kalau didapati bersalah cepat2 sumbat ke dlm. Melampau2 sgt si zizie ni berbelanja sejak akhir2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
ye chuols
sgt
trick mohon simpati ke ape
mcm xde glam2 sgt spt kebiasaan
chicago sgt
all that jazzzzz
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga sempat ziziq dapat adik baru sebelum si ikan kering sabah masuk penjara...
teruskan workout dan cantikkan diri dalam masa singkat ni... dah la adik baru tu cantik bertiang2 meninggalkan wajah bapok sheols sekarang...
kira untung ikan kering tu perabih segala harta sebelum masuk ke dalam... enjoy while u can gittuh!
|
|
|
|
|
|
|
|
korg rs dia msk penjara ke... hahahaa lamberttt lagi la |
|
|
|
|
|
|
| |
|