CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Disindir Puteri Balqis, Qistina Raisah Menangis Sampai 4 Hari Tak Buka Media Sosial

29-5-2023 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2202| Komen: 26

Description: Minggu lepas kecoh Puteri Balqis didakwa menyindir Qistina Raisah.
Minggu lepas kecoh Puteri Balqis didakwa menyindir Qistina Raisah.

Tidak berdiam diri, Qistina tampil memberi respons terhadap dakwaan tersebut dengan menegaskan dia tidak mempunyai masalah dengan pelakon drama Akulah Balqis itu.


Foto: IG

“Saya tak nak cakap banyak-banyak, saya tak ada masalah dengan dia, habis macam ini sajalah.

“Kalau dia dah tak nak cakap apa-apa pada saya, saya dah tak kisah sebab saya tiada masalah dengan dia. Life goes on,”katanya.



Qistina memberitahu dia sudah beberapa hari tidak menggunakan media sosial dek kerana enggan melayan komen-komen netizen yang menyerangnya.

“Sedih sedikit sebab orang seindustri cakap begitu pada saya, sebenarnya kalau ikutkan saya tak nak hati saya busuk, dah dekat empat hari saya tak tengok media sosial, tak nak tengok komen.


“Bukan terasa cuma nak bersihkan hati, tak terkesan pun. Ada lah nangis sikit sebab tak sangka orang buat begitu.

“Netizen nak cakap terpulanglah, yang paling penting adalah orang terdekat sokong dan tahu keadaan sebenar," katanya dipetik di XTRA.

Pelakon itu juga kekal positif biarpun dirinya disindir rakan seindustri.


“Pada hari pertama kejadian, ibu saya ada hubungi dia untuk selesaikan benda ini, nak beritahu yang kita tak ada masalah dengan dia tapi kita tak dapat apa-apa respons.

“Tidak mengapa, saya teruskan hidup saya je lah. Saya okey sahaja kalau dia tak nak cakap dengan saya, dah kalau orang tak suka kan, takkan lah nak paksa.

“Tak kisah, pergi kemana sahaja saya tetap gembira, tetap tegur. Tak satu set, mungkin satu acara sebab kita industri yang sama."


Terdahulu, nama Qistina menjadi tumpuan apabila pelakon, Puteri Balqis memuat naik satu hantaran seolah-olah menyindir seorang pelakon remaja yang berusia 14 tahun.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Puter Balqis susulan isu ini bertebaran. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 29-5-2023 03:32 PM
kaka dah agak dah, PB yg perli psal dia ni haritu.. hahahaha
Quote Perawankota 29-5-2023 03:32 PM
Sepatutnya Dari mula lagi ko buat tak tau.. klu wartawan carik, Tanya, cakap jer ko tak tau apa2. Dah Abis cerita..

Ko pon merempan lebih2…
Quote chilly 29-5-2023 03:54 PM
Tak terasa tapi nangis. Tak terasa tapi mak call tolong settlekan. Tak cukop keras hati kau dik. Gaya ala-ala HB KJ ni boleh dok tepi bucu. Bingung gue.
Quote _blackbird 29-5-2023 04:20 PM
comel anak kambing warna putih, sentiasa tersenyum
Quote LostStar 29-5-2023 04:42 PM
knp pb kecam dia.. mesti ada sesuatu dari pihak dia ni..
Quote takayama 29-5-2023 07:52 PM
owhhh bdk ni ke Qistina
pernah tgk dia berlakon, okay aje
xdelah overacting, teruskan usaha yea nak
bab dgn PB tu abaikan ajelah
x dpt award x semestinya kamu x bagus, buat aje yg terbaik
Quote Manusiabesa 29-5-2023 08:30 PM
Ni lg sekor. Benak. Ni geng2 umur 30 menyesal sbb ngaji sekolah bodoh. Perasan cntik pdhal muka mcm sliper jamban... aqis tu atleast cakap bi mcm air. Open. Ni mcm keturunan asli pahang
Quote ezacbee 30-5-2023 05:27 AM
Edited by ezacbee at 30-5-2023 05:30 AM

4 hari xbukak medsos bukan 4 bulan.. dah hapuslah air mata mu
Quote ReginaGeorge 30-5-2023 06:24 AM
Padan muka. Menari ko bukan main, disindir macam esok kiamat. Terliuk lentok mcm gadis rempit tak habis sekolah, minta mak settle problem. Eh, menari je lah kau. Pandai2 la mak kau kenen kan dgn anak vip. Senang hidup. Takyah bergelek.
Quote wikedsaikel 30-5-2023 07:18 AM
Dia lagi cantik dari PB. Muka fav ummah sini. Muka chicano pon kalu asik meroyan, orang fed up la jugak. Kannnn.
Quote wikedsaikel 30-5-2023 07:19 AM
takayama replied at 29-5-2023 07:52 PM
owhhh bdk ni ke Qistina
pernah tgk dia berlakon, okay aje
xdelah overacting, teruskan usaha yea nak

Setuju. Buat aku terfikir perlu ke respon. Apa sebenarnya berlaku?
Quote bottombikini 30-5-2023 07:46 AM
dak ni ke yg ada bopren dewasa tu
Quote SembangKari 30-5-2023 07:52 AM
Aku selaku orang dewasa yang matang takkan masuk campor isu kanak-kanak baru period kitaran 1. Kau kalau takleh hadap kau jumpa la cikgu bimbingan kaunseling kau dik.
Quote honeybee1802 30-5-2023 08:03 AM
Bbnu bertempur dgn bbnu....bior mak2 depa menyetelkannya...
Quote ketupatnasi 30-5-2023 08:04 AM

Kau yg mulain... Victim much!!
Quote noor2 30-5-2023 08:22 AM
Cantik budak ni....gaduh2 ni sebab jeles la tu...hmm perempuan mcm tu la..dari sekolah sampai ke tua nanti wujud perasaan iri kat org lain
Quote rosedemon 30-5-2023 08:35 AM
dua2 bodohhhh
Quote rhea85 30-5-2023 08:58 AM
alahai bimbo betul memasing
Quote anilanil 30-5-2023 09:00 AM
Ko buat derk jer la budak. Happy2 gi healing guna dating apps tu.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.059777 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top