Memuat naik foto tanpa hijab sempena ulan tahun kelahirannya yang ke-39 pada Khamis lalu, Nadia Anuar mengakui kesilapannya dan memohon agar diberikan ruang serta masa buat dirinya. Pemilik nama sebenar, Nadia Shahrul Anuar yang juga kakak kepada pelakon Harris Annuar menerusi IG Story memohon maaf andai tindakannya itu bakal menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat dan netizen.
"Tak mengapalah kecamlah sepuas hati. Saya reda sebab semua ini kekhilafan saya sendiri. Saya pun tak mahu bagi alasan sebab kita semua pun tahu apa yang wajib. "Cuma saya minta diberikan sedikit ruang dan masa. Maafkan saya sekiranya kekhilafan saya ini membuatkan anda kurang senang dan benci kepada saya," katanya. Dalam pada itu, Nadia memberitahu terlalu banyak perkara yang dilalui olehnya sebelum ini dan dia meminta agar ahli keluarganya tidak dipersalahkan kerana apa dilakukan ini adalah atas keputusannya sendiri.
"Terlalu banyak yang saya lalui dan tak dapat saya kongsikan. Sekali lagi saya minta maaf kerana kecewakan anda. "Satu lagi saya minta sangat jangan kaitkan dengan ibu atau ahli keluarga yang lain. Bukan salah mereka. Ini semua adalah keputusan saya sendiri," ujarnya.
|
Piramida replied at 27-5-2023 08:42 AM
Sbb tu artis2 celebrities ni jgn gebang sgt bila start berhijab.. Gebang dpt hidayah lah berubah lah ...
zuriey replied at 27-5-2023 08:48 AM
Aku rasa elok artis celeb ni bertutup bila dah pencen nnti..sedangkan acik gomen pun iman turun naik ...
Piramida: Sbb tu artis2 celebrities ni j ...
Aneem replied at 27-5-2023 10:01 AM
Buka la.
Aku pun dh lama tak nampak telinga capang kau tu kak.
hokeypokey replied at 27-5-2023 09:21 AM
takpe ko cantik org kecam kejap jer, pastu idup aman2 cam uqasha, emma
ADVERTISEMENT