PETALING JAYA – Seorang individu meluahkan rasa terkejut apabila sardin yang dibelinya penuh dengan cacing bersaiz kecil. Menerusi video yang dikongsi Chef Tido di TikTok, perkara itu disedari ketika dia mahu memasak sardin.
“Nak masak sardin, dahlah hujung bulan. Tak larat nak kutip dah, banyak lagi dalam kuali,” katanya. Menerusi ruangan kapsyen yang ditinggalkan, wanita tersebut kesal dengan tahap kebersihan yang diterapkan syarikat pengeluar sardin tersebut. Sehubungan itu, dia menasihati supaya orang ramai memeriksa terlebih dahulu keadaan makanan dalam tin sebelum memasak. “Kena tengok betul-betul baru perasan. Jangan main masak saja. Kesian dekat anak-anak kalau termakan binatang ni,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkongsi pengalaman sama dengan pengguna berkenaan.
“Saya pernah kena. Rasanya dah lima hingga enam tahun saya dah tak makan sardin,” kata Penyamun Kota. Namun, terdapat juga segelintir orang ramai yang menganggap benda tersebut bukan cacing seperti yang didakwa. “Kak, ada sesetengah ikan sardin yang digunakan ada urat tulang ni,” ujar Bongchan. -CARI Sumber: Kosmo
|
zuriey: i suka brand adabi je..tak han ...
Nana_Man replied at 26-5-2023 08:32 PM
Sos dlm sardin adabi sedap. Tak tambah apa2 pun sedap jgk.
n3ar replied at 26-5-2023 06:40 PM
Nak beli sardin kena tengok betul2.. Sekarang banyak sardin yg import dari china.. Tu yg banyak caci ...
zuriey replied at 26-5-2023 06:54 PM
i suka brand adabi je..tak hanyir
Nana_Man replied at 26-5-2023 08:32 PM
Sos dlm sardin adabi sedap. Tak tambah apa2 pun sedap jgk.
Samerosie replied at 26-5-2023 11:06 PM
Betul ke..nak try lah nanti. Sekarang sebab tak tahan hanyir tu even king cup pun, i beli mackere ...
green~tea replied at 27-5-2023 12:45 AM
Tak pernah try sardin brand ni... dulu2 pernah beli ayam brand je.. pastu geli tekak nak makan sar ...
Samerosie replied at 26-5-2023 11:06 PM
Betul ke..nak try lah nanti. Sekarang sebab tak tahan hanyir tu even king cup pun, i beli mackere ...
ADVERTISEMENT