Seorang lelaki terkejut melihat ulat (maggot) yang masih hidup di dalam botol kicap dalam sebuah restoran sushi di Sabah pada 20 Mei baru-baru ini. "Saya nak cerita fasal satu benda yang memang buat kau fikir dua hingga tiga kali sebelum pergi makan sushi. Kita nak kongsi fasal maggot dalam kicap sushi.
"Kau duduk dekat restoran sushi pilihan kau. Teruja nak makan sushi yang kau suka tapi lepas kau makan, ternampak satu benda bergerak dekat sudut mata kau. "Jantung kau terus berdegup kencang dan kau sedar dengan jelas. Bukan benda khayalan tetapi maggot. Yang menggeliat dalam kicap sushi kau makan tu," katanya di Facebook. Enggan berdiam diri lelaki itu kemudian membuat aduan kepada kakitangan restoran. "Apabila minta supervisor periksa orang lain punya kicap, dia cakap botol lain okey. Tapi tak pergi tengok langsung. Dia tak endahkan macam tak ada apa-apa dan tinggalkan meja macam tu saja.
"Lepas panggil balik, dia bagi bil suruh bayar dekat depan. Jadi kami suruh dia panggil pengurus tapi katanya tak ada," ujar lelaki itu lagi dengan panjang lebar. Bengang dengan sikap sambil lewa pihak pengurusan premis, lelaki itu yang bekerja dalam bidang perubatan akhirnya terpaksa menunjukkan kad pekerja kesihatan miliknya. Malah dia memaklumkan untuk membuat aduan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Setelah penantiannya untuk bertemu pengurus hampa, dia kemudiannya meninggalkan nombor telefon namun menyatakan kekesalan kerana tiada permohonan maaf daripada kakitangan francais terbabit. Akhirnya perkara yang paling ditakuti tiba apabila lelaki itu mendakwa dia mengalami cirit-birit pada malam hari kejadian. "Balik rumah malam tu, sakit perut, cirit-birit tengah malam sampai berapa kali bangun pergi totandas sampai pagi. Masa ni dah start menyumpah tapi harap orang lain tak kena. "Esoknya tengah nak tidur dapat call daripada orang sushi bahagian Kota Kinabalu, baru la nak minta maaf. My wife jawab dan marah sebab aku tak larat lepas cirit-birit. "Baru tau, according to their SOP botol kicap tu akan dicuci dan ditukar dua kali seminggu je. Kalau tak, memang tinggal je lepas guna tu. Jadi ada possibility lalat hinggap bertelur," katanya. Pada akhir perkongsian itu, lelaki berkenaan menyatakan bahawa aduan secara formal dibuat pada Inspektor Kesihatan dan kes tersebut berada dalam siasatan. Katanya lagi, bagi sesiapa yang mengalami masalah sama pada hari kejadian, dia menyarankan agar turut membuat aduan bagi memudahkan lagi urusan dan tindakan selanjutnya. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT