CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wajar Ke Pelajar Nakal Dihukum Sampai Berdarah?

21-10-2015 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12539| Komen: 71

Oleh : TS LOO


Disebabkan terlalu kuat memulas telinga pelajar perempuan ketika menjalani hukuman, seorang guru disyaki menyebabkan telinga pelajar tersebut berdarah!


19 Oktober iaitu Isnin lepas, seorang ayah bernama Dato Sri Darussalam telah memuatnaik satu video menerusi laman facebooknya yang mengisahkan anak perempuannya yang belajar di salah sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kawasan Timur Utara, Johor Bahru, dipulas telinga oleh guru sehingga menyebabkan bahagian belakang telinga cedera sampai nampak tulang telinga dan berdarah.  

Dato Sri Darussalam sebagai ayah bertindak memuatnaik gambar anak perempuannya yang cedera dalam Facebook bagi membuktikan kesahihan kejadian yang berlaku.




Manakala paparan video menunjukkan, budak perempuan tersebut menjerit kuat akibat kesakitan ketika mendapat rawatan doktor, manakala ibu bapa nya sambil merakamkan proses ketika rawatan dijalankan sambil tenangkan anak perempuannya, dengan berkata " tiada masalah".

Ibu bapa pelajar perempuan tersebut mengatakan pendirian menerusi laman facebook bahawa kecederaan yang dialami anaknya bukan sahaja mesti akan memohon penjelasan daripada pihak sekolah, malah juga membuat teguran : " Ini apa punya pendidikan? Betul ke nak saya terus pergi mencari Kementerian Pendidikan untuk menanya?"

Menurut laporan Akhbar China Press, ibu bapa pelajar tersebut semalam pergi ke sekolah jumpa guru besar. Selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama hampir satu jam, ketika beredar dari sekolah ibu bapa pelajar terbabit beritahu, " masalah kecil, masalah kecil! Jangan mengganggu pembelajaran anak-anak". 



Ramai netizen, selepas menonton video tersebut, rata-rata memberi komen berhubung pengalaman sendiri ketika dihukum guru masing-masing. 

Yang paling hilang akal adalah terdapat netizen beritahu dulu cikgu memaksa mereka minum air kencing, semata-mata  hanya nak para pelajar ingat bahawa rasa kencing adalah masin.


Antara komen netizen :
* Semasa kecil, saya juga bukan sahaja pernah ditarik telinga oleh cikgu,  malah ditarik secara 360 darjat. Termasuk juga pernah disebabkan ujian ejaan tidak bagus, saya dan kawan sedarjah diarah oleh cikgu beratur dalam satu barisan dan seorang demi seorang ditembak pada bahagian 'anu' dengan menggunakan gelang getah! Dan abang saya ketika dalam kelas kemanusiaan dan alam sekitar, seluruh kelas abang saya kena membungkus air kencing sendiri dan bawa ke sekolah untuk minum, tujuan nya adalah untuk bagi tahu mereka bahawa kencing berasa masin. Skarang bila fikir kembali, ianya betul-betul hilang akal! Ini semestinya merupakan perbuatan psiko dan penderaan! Ibu bapa dulu tak erti untuk mendakwa guru berkenaan, semua yang dilakukan oleh cikgu dianggap adalah betul. 

* Gila, pergilah tarik telinga anak sendiri! Seperti yang dikatakan : " Anak orang lain dianggap sampah, anak sendiri pula merupakan permata yang berharga!" Paling benci cikgu sebegitu! Berani dera anak orang lain, bersedialah untuk didakwa.

* Kesian budak perempuan itu! Biar pun dia ada melakukan kesalahan, itu pun tak perlu lah menghukumnya dengan begitu berat! Itu sebab Kadang-kala terdengar ada ibu bapa yang hilang kesabaran bertindak kasar terhadap cikgu, mungkin kerana insiden seperti anak dicedera barulah terjadi macam itu. 


Bagaimana pun, difahamkan guru berkenaan telah diberhentikan sementara waktu bagi memudahkan siasatan dalaman dijalankan oleh pihak sekolah. 

Dalam isu tersebut, memang wajar pelajar tersebut dihukum jika berkelakuan nakal, tetapi diharapkan para guru janganlah bertindak terlalu ganas sehingga mencederakan pelajar berkenaan. - CARI Infonet

23

Bagus
19

Marah
15

Terkejut
7

Sedih
19

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 21-10-2015 11:01 AM
cikgu ni geram sgt kot
pulas telinga sundiri la cikgu..
lama bersabar dh cikgu ni
Quote alieyrina 21-10-2015 11:10 AM
Sbb tu kwn aku yg cina ada pesan kt cikgu nak pukui kt lain dia xkisah tp jgn pulas telinga anak dia..dia pantang...
Quote prettyuglybabe 21-10-2015 11:11 AM
ingatkan sekolah cina cikgu bagus-bagus bukan macam cikgu melayu taliban..
Quote blinkazwa 21-10-2015 11:14 AM
dulu2 bila kena tarik sideburn ke atas tu.. mcm nak terkencing rase..
Quote blackwidowbae 21-10-2015 11:15 AM
Guru jd psycho bila hari2 ngadap anak murid yg psycho...
Quote lazim 21-10-2015 11:16 AM
teringat makcik aku.. dia selalu pulas telinga ank dia. 1 day dia tersedar telinga ank dh terkoyak bahagian penyambung atas antara cuping dgn tempat letak telinga tu. terus dia sebak smbil pesan lenkali jgn nakal2 lagi
Quote kentel 21-10-2015 11:20 AM
tak salah nk hukum mengajar..jgn sampai menganiaya
Quote Munah_Sparta 21-10-2015 11:22 AM
kalau dh nakal sgt tuw..wajarlah..
Quote ad_hoc79 21-10-2015 11:24 AM
darjah berapa tu? nampak kecik anak nye
Quote cpixie 21-10-2015 11:27 AM
kot ye pun nak mengajar, jagalah batas2 denda pelajar tu
Quote giyomi 21-10-2015 11:43 AM
klu nakal mmg patut didenda tapi bukan ni caranya. Dakwa cikgu bangsat tu, kementerian paling tidak pon sekadar menukar cikgu tersebut ke sekolah lain. Amik tindakkan jgn di biar cikgu tu tanpa menjalani hukuman, ni kes dera namanya.
Quote clarizsa 21-10-2015 11:48 AM
umur berapa tu... mana boleh cederakan sampai berdarah cmtu... gila ke apa?

denda suruh berdiri ke apa yg x mencederakan xpela.. utk mengajar..
janganla mendera...
Quote mdhelmi 21-10-2015 11:49 AM
berdarah sbb kuku cikgu panjang sgt kot
Quote caprut 21-10-2015 11:53 AM
aku da ckp ummah johor dgn kelantan ni terroris. btw, jgn ingt skolah cina takde cikgu melayu
Quote mommymonster82 21-10-2015 11:55 AM
prettyuglybabe replied at 21-10-2015 11:11 AM
ingatkan sekolah cina cikgu bagus-bagus bukan macam cikgu melayu taliban..

Sekolah cina sjkc masih cikgu2 bawa rotan u..kena rotan or denda saper xsiap keje..ini student me sendiri cerita..sanggup buat keje sekolah sampai tersengguk2 sbb takut kena rotan or denda...mak bapa xde komplen... bila naik menengah cikgu2 SMK xbawa rotan..xde denda teruk2..ikut peraturan... .ckp baik2..sbb tu ada yg naik lemak...  last2 cikgu kena jerit2 mcm puaka tebing biru...
Quote delsmomm 21-10-2015 11:59 AM
mdhelmi replied at 21-10-2015 03:49 AM
berdarah sbb kuku cikgu panjang sgt kot

ntahnya...

agaknya cikgu lupa potong kuku..

tu yg luka sampai berdarah...

ape punya cikgu laa kalo berkuku langsuir...
Quote aks_berhad 21-10-2015 12:07 PM
bebudak sekarang ni mmg byk yg kurang ajar...aku dgr mmber aku jadik cikgu citer camana bebudak tak hormat langsung dkt cikgu. siap buat aksi2 lucah...sakit jiwa oooo. sib baik aku tak jadik cikgu, kalo tak dah masuk jail dah. hahaha...
Quote prettyuglybabe 21-10-2015 12:08 PM
mommymonster82 replied at 21-10-2015 11:55 AM
Sekolah cina sjkc masih cikgu2 bawa rotan u..kena rotan or denda saper xsiap keje..ini student me  ...

cikgu sjkc bawa rotan tak apa kan..
kalu cikgu melayu, bawak rotan sure kena komplen..
cikgu sjkc rotan, nak mengajar katanya..
kalu cikgu melayu rotan budak, memang dasar terrorist taliban..
cikgu sjkc bagi kerja sekolah sampai tersengguk-sengguk nak menyiapkan, tak apa.. untuk kebaikan pelajar..
kalu cikgu melayu bagi kerja sekolah banyak, dasar cikgu pemalas takde hati perut suruh budak salin buku teks..



Quote mommymonster82 21-10-2015 12:12 PM
prettyuglybabe replied at 21-10-2015 12:08 PM
cikgu sjkc bawa rotan tak apa kan..
kalu cikgu melayu, bawak rotan sure kena komplen..
cikgu sjk ...


Masalah yg komplen2 n double standart ni org melayu kita gak....

Me dah lm kt sekolh sini.sekolah majoriti cina..mak bapa cina xde hal... kalu melibatkn kes disiplin..jarang buat kecoh....tapi mak bapa melayu hp anak kena rampas pon serang pengetua... cikgu bgtahu kelakuan anak dia...xcaya...dia sokong ank dia lagi...

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.067773 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top