CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Perang WhatsApp' - Jamal VS Ali Tinju?

19-10-2015 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10388| Komen: 15

Description: Oleh kerana kekurangan peserta, telah berlaku pertelingkahan antara Dato' Jamal dengan presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali bin Baharom di dalam . ...


Oleh : TS LOO

sumber foto : internet



Ketua Bahagian UMNO, Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos telah membuat kenyataan bahawa seramai lima ribu peserta dijangka menyertai perhimpunan Baju Merah di Ampang pada Ahad, semalam. 


Namun hakikatnya pada hari itu hanya seramai dua ratus orang peserta sahaja yang hadir. Oleh kerana kekurangan peserta, telah berlaku pertelingkahan antara Dato' Jamal dengan presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali bin Baharom di dalam "group WhatsApp". 


Difahamkan, Dato' Jamal dikatakan tidak puas hati dengan Ali Tinju dan kumpulannya kerana tidak menyertai perhimpunan di Ampang sehingga menyebabkan bilangan orang yang hadir tidak ramai. Lalu, Jamal mengarahkan orang bawahannya 'menyerang' Ali Tinju menerusi WhatsApp. 



Namun beliau pula yang dihentam oleh Ali Tinju menerusi "Group WhatsApp".


Akibat dari pertengkaran itu, Ali Tinju membuang Datuk Jamal dari "group WhatsApp". Group tersebut sebelum ini diwujudkan bagi memudahkan penyampaian maklumat antara Ali Tinju, Dato Jamal, NGO Melayu dan pihak wartawan. 


Menurut keratan mesej dalam WhatsApp yang tersebar, Datuk Jamal telah menjemput semua kumpulan NGO Melayu untuk menyertai perhimpunan tersebut namun dibantah oleh Ali Tinju.


"Maaf Dato', kami #GerakanMerah tidak terlibat...."

"Usaha Dato' teruskan..." 

"Kami hanya berdoa..." - tulis Ali Tinju.


Antara keratan lain,

" Dato' Jamal, berapa hari sama NGO?"

"Dato' Jamal tak perlu main politik dengan saya"

"Tak perlu suruh budak-budak you serang saya dalam Whatsapp"

"Maaf lah Dato'.... buang masa kita kawan"



Selain itu, Ali Tinju turut menyindir perhimpunan tersebut sebagai tindakan sia-sia kerana tidak mempunyai isu yang kukuh. 


" Nak Buat Bantahan Pun Kena Ada Isu, Kalau Tidak, Ianya Seolah-Olah Menjalankan Perniagaan Dalam Kumpulan NGO". 


Kumpulan media yang berada didalam "Group Whatsapp" tersebut rata-rata terkejut dengan tindakan Ali Tinju kerana mereka berdua sebelum ini dilihat sebagai kawan baik. 


" Dato, betul ke ni? Kamu berdua bukan ke kawan baik? " 


Bagaimana pun,  Ali Tinju tidak menjawab.
8

Bagus
11

Marah
16

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 19-10-2015 04:01 PM
basi dah....

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=904706
Quote chinta89 19-10-2015 04:01 PM
Edited by chinta89 at 19-10-2015 04:02 PM

mcm terbaca thread psl w.app ni .mati2 ingat jenaka sajork rupanya btl.. huhu
http://mforum.cari.com.my/forum. ... d=904706&extra=
Quote bluehedgehog 19-10-2015 04:05 PM
@zorro

Quote alesandra 19-10-2015 04:07 PM
sampah masyarakat
Quote pestol 19-10-2015 04:14 PM
basi tahap milo pekat http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=904706
Quote AbukRokok 19-10-2015 04:23 PM
nak serang azmin ali tapi xde menefaat kpd imej Najib tu yg Ahli Tinju taknak join
Quote kambeng_masam 19-10-2015 04:30 PM
hahaha...selayaknyalah dengan umno. apalah yang boleh diharap dengan jamal ikan bakar. syabas ali tinju!
Quote ladybird_ 19-10-2015 04:53 PM
sape jamal? sape jamal sape jamal?
sape ali? sape ali? sape ali?
kenal najib je. huh!
Quote cik_tonggek 19-10-2015 05:11 PM
comelnye gado2 cemtu
ingatkan weols yg takde pangkat datok datin ni je yg gado2 wassap tendang kuar
Quote palmolive 19-10-2015 08:41 PM
Dorang ni xkeje ker...tgh ekonomi gawat pun leh main2 lg
Quote skyreds 20-10-2015 04:02 AM
xde kerje lain .. asek nak berhimpun jek   

padan muka dah hilang geng
Quote gadisfebruary 21-10-2015 07:46 AM
Lawak tang removed tu haha
Quote CrowneGlory 21-10-2015 07:56 AM
Saya budak baru belajar..

Kertu pun nk ngaku budak lg... Jijiks
Quote xAthenax 21-10-2015 08:01 AM
jamal ikan bakar ni masuk kategori ketagih
ketagih perhimpunan
ketagih glamer
Quote kerunai 21-10-2015 09:19 PM
elok le remove terus seme

xde pekdah lansung pun

lemah belaka

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.123508 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top