Susulan pembatalan konsert One Night Only Wings Live In JB dibatalkan, penyanyi kumpulan Wings, Datuk Awie berkata, "Saya tak nak salahkan sesiapa. Saya anggap itu bukan rezeki kami."
Insya Allah... akan datang ada lagi konsert yang besar yang dirancangkan dari penganjur yang lebih serius." Konsert anjuran BMS Event ini sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 17 Jun ini di Persada Johor.
Bagaimanapun Sayap-Sayap Wings malam tadi memaklumkan menerusi media sosial mereka bahawa BMS Event mengambil keputusan membatalkan konsert ini. Kata mereka, penganjur atau ejen mereka juga bertanggungjawab mengembalikan wang kepada semua yang sudah membeli tiket. Awie bagaimanapun berkata, secara jujurnya dia merasa terkilan dengan pembatalan konsert ini.
"Sebenarnya benda ini boleh jadi dengan baik. Cuma ada masalah teknikal yang penganjur hadapi. Mereka tak nak dedahkan lebih-lebih dan terpaksa batalkan konsert ini. "Saya percaya mungkin ada yang lebih baik menanti kami selepas ini. Insya Allah. "Sebenarnya latihan untuk konsert itu pun dah berjalan lancar. Apapun kami akan manfaatkan latihan itu untuk konsert di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang pada 18 Jun ini," katanya kepada Harian Metro. -CARI Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|