CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 1

Penganjur Ada Masalah, Awie Terkilan Konsert One Night Only Wings Live In Jb Dibatalkan

[Copy link]
Post time 25-5-2023 06:44 PM | Show all posts |Read mode
Susulan pembatalan konsert One Night Only Wings Live In JB dibatalkan, penyanyi kumpulan Wings, Datuk Awie berkata,


"Saya tak nak salahkan sesiapa. Saya anggap itu bukan rezeki kami."


Foto: IG




Insya Allah... akan datang ada lagi konsert yang besar yang dirancangkan dari penganjur yang lebih serius."



Konsert anjuran BMS Event ini sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 17 Jun ini di Persada Johor.




  



Bagaimanapun Sayap-Sayap Wings malam tadi memaklumkan menerusi media sosial mereka bahawa BMS Event mengambil keputusan membatalkan konsert ini.


Kata mereka, penganjur atau ejen mereka juga bertanggungjawab mengembalikan wang kepada semua yang sudah membeli tiket.


Awie bagaimanapun berkata, secara jujurnya dia merasa terkilan dengan pembatalan konsert ini.


  



"Sebenarnya benda ini boleh jadi dengan baik. Cuma ada masalah teknikal yang penganjur hadapi. Mereka tak nak dedahkan lebih-lebih dan terpaksa batalkan konsert ini.


"Saya percaya mungkin ada yang lebih baik menanti kami selepas ini. Insya Allah.


"Sebenarnya latihan untuk konsert itu pun dah berjalan lancar. Apapun kami akan manfaatkan latihan itu untuk konsert di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang pada 18 Jun ini," katanya kepada Harian Metro. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 09:14 AM | Show all posts
xda pon xheran lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 2.327406 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list