Peguam Syarie Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan pihaknya menunggu keputusan JKP (Jawatan Kuasa Pendamai) untuk melihat keputusan lanjut permohonan cerai Puteri Sarah terhadap suaminya Syamsul Yusof.
Menurutnya, perkara ini bergantung kepada dapatan JKP dan sekiranya mereka memaklumkan perkahwinan ini tidak dapat diselamatkan, pihaknya akan melanjutkan kepada proses Hakam. "Kita akan pergi ke Hakam Kerabat dan selepas itu akan pergi ke Hakam Mahkamah. "Patutnya hari ini keputusan ditentukan tetapi hakim saja nak dengar undang-undang yang sedia diguna pakai. "Walaupun, dalam undang-undang tiada prosedur atau kaedah yang jelas bagaimana nak laksanakan prosiding JKP," katanya di temui di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini. Akberdin berkata, jika boleh pihaknya mahu JKP membaca dapatan kes ini.
"Pencarian (finding) dia itu kita nak dia baca. Jadi jalan macam manapun kita nak dengar. "Sewajarnya kita akan minta. Bagi kita apa yang pelanggan kita kata memang tak boleh lagi diselamatkan perkahwinan ini. Jadi kita minta satu langkah ke atas Hakam Kerabat," katanya. Terdahulu, Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi tadi untuk kes tuntutan permohonan Syamsul Yusof bagi melanjutkan perintah injunksi terhadapnya. Bagaimanapun Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah menolak permintaan Syamsul dan memerintahkan agar kes itu didengar secara interparte (kedua-dua pihak). Diifahamkan, Syamsul minta dikecualikan untuk hadir pada sebutan pertama kes itu hari ini. Syamsul dikatakan membuat perintah injunksi terhadap Puteri Sarah pada 25 April lalu bagi menghalang isterinya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pergolakan rumah tangga mereka di semua platform media sosial. Abdul Halim turut mengarahkan Puteri Sarah selaku defendan kes itu untuk memfailkan jawapan terhadap injunksi ex-parte dan kes akan disambung semula pada 8 Jun depan. Puteri Sarah tiba di mahkamah pada jam 2.30 petang, manakala Syamsul menyusul selepas itu apabila tiba sekitar jam 2.42 petang. -CARI Sumber: Harian Metro
|
dudaberhias replied at 25-5-2023 04:12 PM
kehulu kehilir sarah pergi untuk tuntut penceraian tapi jantan lehnat keje cuci pinggan pakai sabung ...
dudaberhias replied at 25-5-2023 04:12 PM
kehulu kehilir sarah pergi untuk tuntut penceraian tapi jantan lehnat keje cuci pinggan pakai sabung ...
dudaberhias replied at 25-5-2023 04:12 PM
kehulu kehilir sarah pergi untuk tuntut penceraian tapi jantan lehnat keje cuci pinggan pakai sabung ...
jihyomelly replied at 25-5-2023 04:23 PM
tak menahan bab rendam dlm air bagi kembang
Suchi replied at 26-5-2023 10:14 AM
Berapa banyak peringkat la
Nih lebih menyakitkan hati berbanding menunggu parcel yg dah out of deli ...
ADVERTISEMENT