Nama Jasmine Suraya menjadi perdebatan dalam kalangan peminat apabila percutiannya ke India baru-baru ini dikatakan bagi menukar agama dianutinya. Pemilik nama sebenar Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 34, bagaimanapun berkata, isu agama adalah sesuatu yang peribadi dan tidak sepatutnya dibicarakan secara terbuka.
"Bagi saya isu agama adalah peribadi walaupun kecoh saya dikatakan menukar agama ketika bercuti di India sampaikan saya terima banyak mesej (DM) di laman sosial bertanya mengenai perkara itu. "Tapi saya rasa agama adalah sesuatu yang sensitif dan peribadi. Sejak kecil saya mempelajari agama secara rahsia memandangkan bapa saya seorang freethinker (tidak percaya agama)," katanya kepada mStar. Jasmine berkongsi perkara itu ketika hadir di Rumah Terbuka mStar, Majoriti dan Majoriti 7 di Menara Star pada Selasa. Dalam pada itu, Jasmine berkata, kekecohan itu turut membuatkan ibunya berasa bimbang dan ingin mengetahui tentang perkara sebenar yang berlaku.
Bagaimanapun kata aktres ini, ibunya tidak pernah menghalang dia memilih agama yang dipercayai cuma tidak mahu dia membuat sesuatu keputusan hanya berdasarkan desakan dan tanpa kerelaan hati. "Ibu saya memang terkesan apabila membaca berita yang keluar fasal saya kerana dia sendiri tidak tahu apa-apa... jadi dia hanya bertanya tentang situasai sebenar. "Sebenarnya ibu saya tidak pernah menghalang sebab bapa saya sendiri seorang freethinker. Bagi ibu, agama adalah antara saya dan Tuhan. "Kalau nak pakssa saya tapi hati saya tak ikhlas nak buat apa, kan? Sebab itu ibu beri saya kebebasan memilih agama apa yang saya mahu anuti tetapi saya perlu betul-betul yakin dan ikhlas sebelum buat sebarang keputusan," ujarnya. Meskipun diasak dengan pelbagai persoalan mengenai isu agama, Jasmine memberitahu dia tidak berasa tertekan dengan perkara itu malah keadaan kesihatan mentalnya dalam keadaan baik. Sebaliknya dia berasa gembira apabila ada peminat masih ingin mengambil tahu tentang dirinya meskipun ia isu sensitif. "Saya okay sahaja sebab saya rasa semua orang berhak beri komen. Jika berbesar hati jika ada yang mahu mengambil tahu tentang diri saya. "Tapi apabila berkaitan agama ini, rasanya biarlah ia sekadar pengetahuan saya sahaja," ujarnya. Sumber: mStar
|
myakayina replied at 31-5-2023 02:39 PM
tapi nama jasmine suraya tu mmg nama betul dia ke atau sekadar nama utk jadi retis..
ChiciLala replied at 31-5-2023 03:07 PM
Jasmine Suraya Chin Xian Mei. Maknya suka nama Suraya. She ni bkn beauty with brain jugak ke. 10A ...
anilanil replied at 31-5-2023 02:58 PM
Drpd nak ribut2 pasal jasmine suraya tukar agama baik gi check si bekas pemain hoki johor dgn lakiny ...
ADVERTISEMENT