CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2421|Reply: 12

Kecoh Jasmine Suraya Tukar Agama - "Ibu Saya Memang Terkesan Sebab Dia Tak Tahu Apa-Apa"

[Copy link]
Post time 24-5-2023 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Nama Jasmine Suraya menjadi perdebatan dalam kalangan peminat apabila percutiannya ke India baru-baru ini dikatakan bagi menukar agama dianutinya.


Pemilik nama sebenar Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 34, bagaimanapun berkata, isu agama adalah sesuatu yang peribadi dan tidak sepatutnya dibicarakan secara terbuka.


"Bagi saya isu agama adalah peribadi walaupun kecoh saya dikatakan menukar agama ketika bercuti di India sampaikan saya terima banyak mesej (DM) di laman sosial bertanya mengenai perkara itu.




IG




"Tapi saya rasa agama adalah sesuatu yang sensitif dan peribadi. Sejak kecil saya mempelajari agama secara rahsia memandangkan bapa saya seorang freethinker (tidak percaya agama)," katanya kepada mStar.


Jasmine berkongsi perkara itu ketika hadir di Rumah Terbuka mStar, Majoriti dan Majoriti 7 di Menara Star pada Selasa.


Dalam pada itu, Jasmine berkata, kekecohan itu turut membuatkan ibunya berasa bimbang dan ingin mengetahui tentang perkara sebenar yang berlaku.


Bagaimanapun kata aktres ini, ibunya tidak pernah menghalang dia memilih agama yang dipercayai cuma tidak mahu dia membuat sesuatu keputusan hanya berdasarkan desakan dan tanpa kerelaan hati.


"Ibu saya memang terkesan apabila membaca berita yang keluar fasal saya kerana dia sendiri tidak tahu apa-apa... jadi dia hanya bertanya tentang situasai sebenar.


"Sebenarnya ibu saya tidak pernah menghalang sebab bapa saya sendiri seorang freethinker. Bagi ibu, agama adalah antara saya dan Tuhan.


"Kalau nak pakssa saya tapi hati saya tak ikhlas nak buat apa, kan? Sebab itu ibu beri saya kebebasan memilih agama apa yang saya mahu anuti tetapi saya perlu betul-betul yakin dan ikhlas sebelum buat sebarang keputusan," ujarnya.




IG




Meskipun diasak dengan pelbagai persoalan mengenai isu agama, Jasmine memberitahu dia tidak berasa tertekan dengan perkara itu malah keadaan kesihatan mentalnya dalam keadaan baik.


Sebaliknya dia berasa gembira apabila ada peminat masih ingin mengambil tahu tentang dirinya meskipun ia isu sensitif.


"Saya okay sahaja sebab saya rasa semua orang berhak beri komen. Jika berbesar hati jika ada yang mahu mengambil tahu tentang diri saya.


"Tapi apabila berkaitan agama ini, rasanya biarlah ia sekadar pengetahuan saya sahaja," ujarnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
jawapan yang baik. moga ALLAH permudahkan segala urusan. cantik dia ni. nama pun manis
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia pilih Hindu. Satu kemenenangan besar utk penganut Hindu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 11:44 PM | Show all posts
motippp la netizen pun hengat sheols tukar agama bagai... bukan sheols ada buat apa2 ritual pun kan... normal lah orang melancong pergi tempat2 gitu nak tengok kekayaan budaya... apooo ko hengat omputeh ke cina tak pergi ke masjid kristal atau masjid putrajaya untuk lihat keindahan struktur semua tu... takde plak theyols convert...

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh..dia nih boleh diajak casting watak azizah...tapi tak tahu in term of bakat lakonan
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 02:39 PM | Show all posts
tapi nama jasmine suraya tu mmg nama betul dia ke atau sekadar nama utk jadi retis..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2023 02:39 PM | Show all posts
tapi nama jasmine suraya tu mmg nama betul dia ke atau sekadar nama utk jadi retis..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia muslim ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Drpd nak ribut2 pasal jasmine suraya tukar agama baik gi check si bekas pemain hoki johor dgn lakinya kapten hoki india tu still islam ke tak. Kan kecoh gi kahwin kat temple Sikh tapi tak ngaku murtad.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan cina iols dia convert ke hinduism. Siap g buat kavadi semua tu. Mmg betul2 commit lah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 31-5-2023 02:39 PM
tapi nama jasmine suraya tu mmg nama betul dia ke atau sekadar nama utk jadi retis..

Jasmine Suraya Chin Xian Mei. Maknya suka nama Suraya. She ni bkn beauty with brain jugak ke. 10A spm klu xsilap
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 03:11 PM | Show all posts
ChiciLala replied at 31-5-2023 03:07 PM
Jasmine Suraya Chin Xian Mei. Maknya suka nama Suraya. She ni bkn beauty with brain jugak ke. 10A  ...

i see..kira budak pandai jgk la dia ni, sarawakian kan dia ni..  
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 31-5-2023 02:58 PM
Drpd nak ribut2 pasal jasmine suraya tukar agama baik gi check si bekas pemain hoki johor dgn lakiny ...

Oh sapa eh nama dia. Dulu aku follow jugak kisah bi. Siap ada ritual pusing api kan...tp depa menafikan..entahlah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.067765 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list