CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Kampung Rimas Pengunjung Sibuk Berswafoto Kerana Frozen

24-5-2023 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1695| Komen: 15

Penangan filem hit Disney, Frozen, lembaga pelancongan Hallstatt di Austria, memasang panel kayu di kampung yang dipercayai menjadi inspirasi filem berkenaan kerana rimas dengan pengunjung yang gemar berswafoto di kawasan berkenaan.


Daily Star melaporkan, panel itu diletakkan di kawasan di kaki Pergunungan Salzkammergut dengan harapan ia akan menghalang pengunjung bergambar.

Pemasangan panel itu adalah sebahagian daripada projek perintis sementara untuk menangani kebanjiran pelancong di kawasan berkenaan.


AFP

Kampung terletak dalam kawasan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (Unesco) itu menempatkan kira-kira 800 penduduk.

Bagaimanapun, pergunungan bersalji, seni bina dan spekulasi bahawa Hallstatt adalah 'Arendelle' yang digambarkan dalam Frozen kini menarik kedatangan sehingga 10,000 pengunjung sehari.


Perkampungan itu sangat popular sehingga menjadi tular beberapa kali, dengan kawasan itu mula dipaparkan menerusi program Korea Selatan yang dipanggil Spring Watch pada 2006.

Ia terus mendapat minat selepas replika bandar itu dibina pada harga 700 juta pound sterling (kira-kira RM4 bilion) di Guangdong, China, pada 2011.

Pada 2013, filem Disney yang memecahkan rekod 'Frozen' ditayangkan, seterusnya menyebabkan kampung kecil itu menjadi perhatian selepas dikhabarkan bahawa Hallstatt ia adalah Arendelle yang sebenar.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 24-5-2023 06:51 PM
Let it go....
Let it go....
Can't take it anymore.



Quote PULANGKAN 24-5-2023 07:36 PM
lawa juga ye tempatnya
Quote Tinot7 24-5-2023 07:41 PM
Iols dah tgk kat insta bebudak, tiktok minah yg dok jepon tu.. nampak mcm best la.. tapi takde la iols nak gigih pi sana tgk...
Quote nurul_akmar 25-5-2023 07:50 AM
wow.. cantiknyaaa..
Quote copy_paste 25-5-2023 09:11 AM
mcm tu dia kata kampung, tu da mcm pekan kecik
Quote I.K.A888990 25-5-2023 09:15 AM
cantikkkkkk
Quote wirazam 25-5-2023 09:18 AM
copy_paste replied at 25-5-2023 09:11 AM
mcm tu dia kata kampung, tu da mcm pekan kecik

Kampung in diaorg punya versi mmg ada nilai tersendiri dan autentik...bersih je..
Kampung versi Malaysia..yg cantik dan terjaga boleh dikira dgn jari..
Quote makita 25-5-2023 09:22 AM
Kalau jadi kat Msia ni meols pasti ramai amek kesempatan pacak khemah niaga air buah susu potong kaki depan umah
Quote copy_paste 25-5-2023 09:22 AM
wirazam replied at 25-5-2023 09:18 AM
Kampung in diaorg punya versi mmg ada nilai tersendiri dan autentik...bersih je..
Kampung versi Ma ...

hah kan,mmg cantik dn bersih je kampung diorg,
kalau kat malaysia mmg ade kg yg cantik,selalunya kampung yg kecik2 dgn dgn pusat pelancongan
Quote supernaturalee 25-5-2023 09:29 AM
Pada 2013, filem Disney yang memecahkan rekod 'Frozen' ditayangkan, seterusnya menyebabkan kampung kecil itu menjadi perhatian selepas dikhabarkan bahawa Hallstatt ia adalah Arendelle yang sebenar



ape ni
tunggang langgang
Quote dua_chzy 25-5-2023 09:54 AM
PULANGKAN replied at 24-5-2023 11:36 AM
lawa juga ye tempatnya

Lawa.

Kebetulan baru tengok Money Heist Korea. Scene ending buat kat tempat ni.
Quote little_sis 25-5-2023 12:13 PM
Lawa sgt2.. mcm dlm lukisan..
Quote TomyamPuteh 25-5-2023 12:56 PM
Teringin nk pi tapi tak mampu. Pegi tgk replika dkt Terengganu je la.
Quote Shamilia79 25-5-2023 01:11 PM
I dah sampai sini tahun 2018...memang cantik giler kampung ni... Tenang je siap lunch tepi tasik tu... Memang ramai orang.. Penuh feri setiap trip ke situ.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.038415 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top