View: 1436|Reply: 14
|
Penduduk Kampung Rimas Pengunjung Sibuk Berswafoto Kerana Frozen
[Copy link]
|
|
Penangan filem hit Disney, Frozen, lembaga pelancongan Hallstatt di Austria, memasang panel kayu di kampung yang dipercayai menjadi inspirasi filem berkenaan kerana rimas dengan pengunjung yang gemar berswafoto di kawasan berkenaan.
Daily Star melaporkan, panel itu diletakkan di kawasan di kaki Pergunungan Salzkammergut dengan harapan ia akan menghalang pengunjung bergambar.
Pemasangan panel itu adalah sebahagian daripada projek perintis sementara untuk menangani kebanjiran pelancong di kawasan berkenaan.
AFP
Kampung terletak dalam kawasan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (Unesco) itu menempatkan kira-kira 800 penduduk.
Bagaimanapun, pergunungan bersalji, seni bina dan spekulasi bahawa Hallstatt adalah 'Arendelle' yang digambarkan dalam Frozen kini menarik kedatangan sehingga 10,000 pengunjung sehari.
Perkampungan itu sangat popular sehingga menjadi tular beberapa kali, dengan kawasan itu mula dipaparkan menerusi program Korea Selatan yang dipanggil Spring Watch pada 2006.
Ia terus mendapat minat selepas replika bandar itu dibina pada harga 700 juta pound sterling (kira-kira RM4 bilion) di Guangdong, China, pada 2011.
Pada 2013, filem Disney yang memecahkan rekod 'Frozen' ditayangkan, seterusnya menyebabkan kampung kecil itu menjadi perhatian selepas dikhabarkan bahawa Hallstatt ia adalah Arendelle yang sebenar.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Let it go....
Let it go....
Can't take it anymore.
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols dah tgk kat insta bebudak, tiktok minah yg dok jepon tu.. nampak mcm best la.. tapi takde la iols nak gigih pi sana tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm tu dia kata kampung, tu da mcm pekan kecik |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau jadi kat Msia ni meols pasti ramai amek kesempatan pacak khemah niaga air buah susu potong kaki depan umah |
|
|
|
|
|
|
|
hah kan,mmg cantik dn bersih je kampung diorg,
kalau kat malaysia mmg ade kg yg cantik,selalunya kampung yg kecik2 dgn dgn pusat pelancongan
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada 2013, filem Disney yang memecahkan rekod 'Frozen' ditayangkan, seterusnya menyebabkan kampung kecil itu menjadi perhatian selepas dikhabarkan bahawa Hallstatt ia adalah Arendelle yang sebenar
ape ni
tunggang langgang
|
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 24-5-2023 11:36 AM
lawa juga ye tempatnya
Lawa.
Kebetulan baru tengok Money Heist Korea. Scene ending buat kat tempat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa sgt2.. mcm dlm lukisan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin nk pi tapi tak mampu. Pegi tgk replika dkt Terengganu je la. |
|
|
|
|
|
|
|
I dah sampai sini tahun 2018...memang cantik giler kampung ni... Tenang je siap lunch tepi tasik tu... Memang ramai orang.. Penuh feri setiap trip ke situ. |
|
|
|
|
|
|
| |
|