CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Mati, Panjat Gunung Everest Lagi Banyak Mudarat Daripada Manfaat- "Lebih Baik Duduk Secara Aman, Beribadah Dan Jaga Keluarga"

24-5-2023 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1692| Komen: 22

Description: PETALING JAYA – Pengguna media sosial ketika ini berbalah berhubung isu pendakian Gunung Everest yang disifatkan lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat.
PETALING JAYA – Pengguna media sosial ketika ini berbalah berhubung isu pendakian Gunung Everest yang disifatkan lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat.

Perbalahan itu tercetus apabila seorang pendaki Malaysia dilaporkan meninggal dunia manakala seorang lagi pendaki kategori orang kelainan upaya (OKU) hilang sehari selepas itu, sejak 19 Mei lalu.


Ia melibatkan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt. Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub yang maut sebelum menawan puncak Everest serta kehilangan pendaki OKU, Muhammad Hawari Hashim berusia 33 tahun.


Foto: Kosmo

Di media sosial, ada yang berpandangan bahawa ekpedisi Everest yang dilakukan kini hanya untuk pencapaian diri sendiri.

“Sudah-sudahlah hantar orang ke tempat ini (Everest). Kos panjat pun berjuta dan kos mencari dan menyelamat (SAR) juga mahal gila.

“Kita tak minta pun orang Malaysa panjat Everest setiap tahun. Zaman sekarang, pergi sana lebih kepada ‘self achievement’. Jadi, hentikan,” kata Syfq di Twitter.

“Kalau pergi dapat mudarat dan risiko kematian itu tinggi, lebih baik duduk secara aman, beribadah dan jaga keluarga,” ujar Amalina di Facebook.

Bagaimanapun, segelintir pihak tidak bersetuju dan berpandangan bahawa mereka yang melakukan aktiviti mendaki adalah disebabkan minat dan semangat.

“Orang nak mendaki Everest ini bukan hari ini teringin, esok terus pergi. Masing-masing tahu risiko serta persiapan juga dilakukan dua atau tiga tahun sebelum.

“Ini semua kerana minat dan bukan berkhayal. Tapi takdir Allah siapa hendak menidakkan. Ingat semua ada semangat dan berani cabar diri dalam dunia sukan ekstrim ke? soal Deanna.

“Setiap orang ada impian. Mungkin dengan impian tersebut dapat mengharumkan nama negara. Bila dah berjaya, puji sana sini. Tetapi bila kes macam ini ramai yang kritik,” jelas Yaya.

Sementara itu, menurut media tempatan Nepal, The Himalayan Times, sebanyak 10 kematian direkodkan di Everest pada musim pendakian kali ini.

Rakyat Malaysia, Awang Askandar merupakan kematian ke-9 manakala seorang pendaki warga Australia yang maut 21 Mei lalu mencatatkan kematian ke-10. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 24-5-2023 09:01 PM
Masalahya siapa nak tanggung kos SAR dan medical kat sana? Boleh pegi tapi apa terjadi jangan la buat rakyat kat sini bimbang.  Kalau dah frozen tu biarkan aje
Quote AbukRokok 25-5-2023 12:05 AM
Demi pujian kemahsyuran dan wang
Quote ~boolean 25-5-2023 12:16 AM
bila dah passionate terhadap sesuatu, mesti ada target nak capai satu tahap tertinggi..

aku boleh faham kegilaan kaki gunung ni..sama jenis gila dengan orang yang kaki motor, kaki memasak, kaki scuba, kaki gaduh kat porem..

tapi kalau nak kejar target demi kepuasan diri, guna lah duit sendiri..
jangalah harapkan sponsor gomen..
dah buat guna duit gomen, jadi apa2 pun gomen yang kena tanggung..apakeheii??

aku tak cakap kat para pendaki ni..aku cakap secara umum kepada segala jenis kaki yang mengharapkan bantuan gomen..
Quote bottombikini 25-5-2023 07:59 AM
boleh pegi bermasyhur2 dan nak mati2 kat mana2 pun
tapi apa2 jadi at own risk & cost

jangan nak minta ehsan negara & rakyat
buka fund segala
Quote midori888 25-5-2023 08:10 AM
~boolean replied at 25-5-2023 12:16 AM
bila dah passionate terhadap sesuatu, mesti ada target nak capai satu tahap tertinggi..

aku boleh f ...



agreed...kenapa nak guna duit tax payer utk tujuan peribadi mcm nie....
Quote Dwdrum 25-5-2023 08:13 AM
Edited by Dwdrum at 24-5-2023 04:16 PM

Sports activities ini gomens tidak perlu sponsor ter masuk athletes training.. Coach etc buang duit... Gomen hanya perlu sponsor/host big /small sports events saja.. English/europe soccer league boleh saja survive tanpa gomen kan?....
Jadi athletes ini jadi career apabila tiada talents and skills lain untuk depa bekerja seperti orang lain... Mahu ber sukan cara sponsor sendiri.. Negara maju sudah lama buat itu depa ada improvement untuk bawa balik medal depa fight untuk negara.. Diri sendiri and financial... The rest hanya syiok sendiri.. Fefeling bagus dalam league ter sendiri saja...

Untuk minat seperti scuba diving and climbing/hiking ini boleh cuba cari fund lalui local gomen and research agency.. Boleh tolong collect samples.. Ambil record and survey...depa akan bayar... Bukan untuk self achievement secara free...
Quote rosedemon 25-5-2023 08:21 AM
mmg mencari maut mendapatla xksian lgsg
Quote KamikuP 25-5-2023 08:44 AM
Sia2 je duit tax payer bayo hujung2 gomen bayo benda cenggini apoooooooooooooooo.... Apapun moga ditemui lah mangsa ye
Quote Clan204 25-5-2023 08:47 AM
die gi atas urusan apa eh? kerajaan ke?
Quote syamzana 25-5-2023 08:51 AM
~boolean replied at 25-5-2023 12:16 AM
bila dah passionate terhadap sesuatu, mesti ada target nak capai satu tahap tertinggi..

aku boleh f ...

iols setuju.
mlm tadi perkara ni dibangkitkan dlm group wa sek iols komen la sikit. tak sgka ramai yg sentap (ramai kaki panjat gunung rupanya). habis pakat hentam iols dah la iols hati tisu

Quote lurve82 25-5-2023 08:55 AM
sbb kepuasan je...smpi puncak tu mmg puas...nk kata mghayati alam sekitar...tetap isap rokok jgk kan...
Quote grouper 25-5-2023 08:55 AM
Panjat everest ni ada insurans x...kerajaan nepal patut ketatkan n naikkan lagi charge panjat everest ni baru x overcrowded sgt time peak season smpai kena beratur panjang time nak summit
Quote mizruncing 25-5-2023 09:01 AM
nak panjat boleh tp kos semua sendiri laa. kos bukan sikit2. jadi macam2 lagi laa brtambah kos nak kena tanggung. aku baru trtengok kat ig smlm org share pasal jofliam ngan cik epal masuk pertandingan buat pizza kat italy. tak tau la menang ke tak tp at least cost dia semua sendiri.tak mintak duit kerajaan pon
Quote AnBulisia 25-5-2023 09:06 AM
pergi sendiri
kos sendiri
kalau berjaya, share kegembiraan bersama
balik kos sendiri
kalau tak berjaya, share kesedihan bersama
tapi kenapa kos nak kena orang lain tampung?
Quote tipah89 25-5-2023 09:57 AM
~boolean replied at 25-5-2023 12:16 AM
bila dah passionate terhadap sesuatu, mesti ada target nak capai satu tahap tertinggi..

aku boleh f ...

hahaha kaki gaduh kat poremm. tersembuq kopi i oll.. terusss teringat few nameee
Quote harisbee 25-5-2023 10:07 AM
sapa sponsor dorang 2 ke sana? mesti ada insuran kan?
Quote mejaputih 25-5-2023 10:21 AM
Tatau apa tujuan selain dari kepuasan diri sendiri..lain la pergi sbb ekspidisi netgeo mengkaji hidupan di atas sana dgn fund dari netgeo atau seangkatan darinya..dpt ilmu baru kpd sejagat..contoh jumpa spesis kucing gunung baru yg ada tanduk ke dan kaji kesan pemanasan global pada kehidupan specific spesis kat gunung tu.
Quote Firenzza 25-5-2023 10:29 AM
Dengar kata gomen kna spend rm1.5m utk kerja2 search. Wajar ke duir taxpayer kna keluar? Sdgkan insurance co pun x berani nk cover extreme activity. Negara lain xde la plk sibuk nk cari rkyt mrk yg matu atas gunung, biar la depa kt sana.
Quote pocongkiutss 25-5-2023 10:32 AM
Mcm setuju je..kalau iols ada duit..dr sponsor benda2 camni..baik lg iols sponsor kes mcm baby Naail tuh

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.286074 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top