View: 1887|Reply: 22
|
Ramai Mati, Panjat Gunung Everest Lagi Banyak Mudarat Daripada Manfaat- "Lebih Baik Duduk Secara Aman, Beribadah Dan Jaga Keluarga"
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Pengguna media sosial ketika ini berbalah berhubung isu pendakian Gunung Everest yang disifatkan lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat.
Perbalahan itu tercetus apabila seorang pendaki Malaysia dilaporkan meninggal dunia manakala seorang lagi pendaki kategori orang kelainan upaya (OKU) hilang sehari selepas itu, sejak 19 Mei lalu.
Ia melibatkan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt. Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub yang maut sebelum menawan puncak Everest serta kehilangan pendaki OKU, Muhammad Hawari Hashim berusia 33 tahun.
Foto: Kosmo
Di media sosial, ada yang berpandangan bahawa ekpedisi Everest yang dilakukan kini hanya untuk pencapaian diri sendiri.
“Sudah-sudahlah hantar orang ke tempat ini (Everest). Kos panjat pun berjuta dan kos mencari dan menyelamat (SAR) juga mahal gila.
“Kita tak minta pun orang Malaysa panjat Everest setiap tahun. Zaman sekarang, pergi sana lebih kepada ‘self achievement’. Jadi, hentikan,” kata Syfq di Twitter.
“Kalau pergi dapat mudarat dan risiko kematian itu tinggi, lebih baik duduk secara aman, beribadah dan jaga keluarga,” ujar Amalina di Facebook.
Bagaimanapun, segelintir pihak tidak bersetuju dan berpandangan bahawa mereka yang melakukan aktiviti mendaki adalah disebabkan minat dan semangat.
“Orang nak mendaki Everest ini bukan hari ini teringin, esok terus pergi. Masing-masing tahu risiko serta persiapan juga dilakukan dua atau tiga tahun sebelum.
“Ini semua kerana minat dan bukan berkhayal. Tapi takdir Allah siapa hendak menidakkan. Ingat semua ada semangat dan berani cabar diri dalam dunia sukan ekstrim ke? soal Deanna.
“Setiap orang ada impian. Mungkin dengan impian tersebut dapat mengharumkan nama negara. Bila dah berjaya, puji sana sini. Tetapi bila kes macam ini ramai yang kritik,” jelas Yaya.
Sementara itu, menurut media tempatan Nepal, The Himalayan Times, sebanyak 10 kematian direkodkan di Everest pada musim pendakian kali ini.
Rakyat Malaysia, Awang Askandar merupakan kematian ke-9 manakala seorang pendaki warga Australia yang maut 21 Mei lalu mencatatkan kematian ke-10. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahya siapa nak tanggung kos SAR dan medical kat sana? Boleh pegi tapi apa terjadi jangan la buat rakyat kat sini bimbang. Kalau dah frozen tu biarkan aje |
|
|
|
|
|
|
|
Demi pujian kemahsyuran dan wang |
|
|
|
|
|
|
|
bila dah passionate terhadap sesuatu, mesti ada target nak capai satu tahap tertinggi..
aku boleh faham kegilaan kaki gunung ni..sama jenis gila dengan orang yang kaki motor, kaki memasak, kaki scuba, kaki gaduh kat porem..
tapi kalau nak kejar target demi kepuasan diri, guna lah duit sendiri..
jangalah harapkan sponsor gomen..
dah buat guna duit gomen, jadi apa2 pun gomen yang kena tanggung..apakeheii??
aku tak cakap kat para pendaki ni..aku cakap secara umum kepada segala jenis kaki yang mengharapkan bantuan gomen.. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh pegi bermasyhur2 dan nak mati2 kat mana2 pun
tapi apa2 jadi at own risk & cost
jangan nak minta ehsan negara & rakyat
buka fund segala |
|
|
|
|
|
|
|
agreed...kenapa nak guna duit tax payer utk tujuan peribadi mcm nie....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 24-5-2023 04:16 PM
Sports activities ini gomens tidak perlu sponsor ter masuk athletes training.. Coach etc buang duit... Gomen hanya perlu sponsor/host big /small sports events saja.. English/europe soccer league boleh saja survive tanpa gomen kan?....
Jadi athletes ini jadi career apabila tiada talents and skills lain untuk depa bekerja seperti orang lain... Mahu ber sukan cara sponsor sendiri.. Negara maju sudah lama buat itu depa ada improvement untuk bawa balik medal depa fight untuk negara.. Diri sendiri and financial... The rest hanya syiok sendiri.. Fefeling bagus dalam league ter sendiri saja...
Untuk minat seperti scuba diving and climbing/hiking ini boleh cuba cari fund lalui local gomen and research agency.. Boleh tolong collect samples.. Ambil record and survey...depa akan bayar... Bukan untuk self achievement secara free... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg mencari maut mendapatla xksian lgsg |
|
|
|
|
|
|
|
Sia2 je duit tax payer bayo hujung2 gomen bayo benda cenggini apoooooooooooooooo.... Apapun moga ditemui lah mangsa ye |
|
|
|
|
|
|
|
die gi atas urusan apa eh? kerajaan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
~boolean replied at 25-5-2023 12:16 AM
bila dah passionate terhadap sesuatu, mesti ada target nak capai satu tahap tertinggi..
aku boleh f ...
iols setuju.
mlm tadi perkara ni dibangkitkan dlm group wa sek iols komen la sikit. tak sgka ramai yg sentap (ramai kaki panjat gunung rupanya). habis pakat hentam iols dah la iols hati tisu
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb kepuasan je...smpi puncak tu mmg puas...nk kata mghayati alam sekitar...tetap isap rokok jgk kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Panjat everest ni ada insurans x...kerajaan nepal patut ketatkan n naikkan lagi charge panjat everest ni baru x overcrowded sgt time peak season smpai kena beratur panjang time nak summit |
|
|
|
|
|
|
|
nak panjat boleh tp kos semua sendiri laa. kos bukan sikit2. jadi macam2 lagi laa brtambah kos nak kena tanggung. aku baru trtengok kat ig smlm org share pasal jofliam ngan cik epal masuk pertandingan buat pizza kat italy. tak tau la menang ke tak tp at least cost dia semua sendiri.tak mintak duit kerajaan pon |
|
|
|
|
|
|
|
pergi sendiri
kos sendiri
kalau berjaya, share kegembiraan bersama
balik kos sendiri
kalau tak berjaya, share kesedihan bersama
tapi kenapa kos nak kena orang lain tampung? |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha kaki gaduh kat poremm. tersembuq kopi i oll.. terusss teringat few nameee
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa sponsor dorang 2 ke sana? mesti ada insuran kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Tatau apa tujuan selain dari kepuasan diri sendiri..lain la pergi sbb ekspidisi netgeo mengkaji hidupan di atas sana dgn fund dari netgeo atau seangkatan darinya..dpt ilmu baru kpd sejagat..contoh jumpa spesis kucing gunung baru yg ada tanduk ke dan kaji kesan pemanasan global pada kehidupan specific spesis kat gunung tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar kata gomen kna spend rm1.5m utk kerja2 search. Wajar ke duir taxpayer kna keluar? Sdgkan insurance co pun x berani nk cover extreme activity. Negara lain xde la plk sibuk nk cari rkyt mrk yg matu atas gunung, biar la depa kt sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm setuju je..kalau iols ada duit..dr sponsor benda2 camni..baik lg iols sponsor kes mcm baby Naail tuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|