CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syafiq Yusof Puas Hati Sakit Belakang Aaron Aziz Tak Ganggu Shooting, Kaki Tersepak Besi Pun Dia Teruskan!

24-5-2023 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1612| Komen: 15

Pemilihan aktor, Datuk Aaron Aziz dalam filem Sheriff dibuat berdasarkan keputusan pihak penerbit, bukan inisiatif untuk memujuknya selepas namanya digugurkan daripada membintangi filem The Original Gangster arahan, Syamsul Yusof.



MH

Perkara itu ditegaskan pengarah Syafiq Yusof ketika sesi lawatan media ke set penggambaran filem, Sheriff yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi pada Isnin.

“Tidak sama sekali. Tiada sebab saya nak pujuk sebab saya tak bergaduh pun dengan dia. Cadangan pemilihan barisan pelakon adalah daripada pihak produser iaitu ayah saya.


MH

“Mereka senaraikan nama-nama pelakon, kemudian, saya pilih mengikut kesesuaian watak,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Syafiq turut memaklumkan masalah kesihatan dialami pelakon asal Singapura itu langsung tidak menggangu kelancaran sepanjang menjalani penggambaran.

“Aaron memang ada masalah sakit di bahagian belakang badan. Namun Alhamdulillah, ia langsung tidak mengganggu penggambaran. Sepanjang sesi latihan berlangsung, pihak koreografi pun faham mengenai hal tersebut.

“Sakit belakang Aaron itu tidaklah sampai dia tak boleh bergerak langsung. Cuma ada beberapa pergerakkan sahaja yang dia tak boleh buat. Jadi, kita atur pergerakkan tersebut mengikut kesesuaian dia.

“Sebagai contoh, kalau ada adegan sepak sampai terbaring di bahagian belakang, itu dia tak boleh buat dan kita akan gunakan body double,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Syafiq turut memuji semangat juang yang ditunjukkan oleh Aaron yang tidak mahu mengganggu jadual kerja orang lain meskipun meskipun mengalami kecederaan.


MH

“Walaupun sakit, saya tetap kagum dengan Aaron kerana dia sentiasa berikan 100 peratus ketika bekerja. Baru-baru ini, Aaron ada mengalami kecederaan ketika melakonkan babak sedang berlawan.

“Kaki Aaron sakit sebab tersepak besi tapi dia tetap tak nak hentikan penggambaran. Katanya, kalau hentikan penggambaran, ia akan merugikan waktu orang lain. Jadi, dia teruskan juga sebab babak tersebut perlu menampakkan wajahnya ketika berlawan.

“Saya sangat puas hati dengan kualiti babak aksi yang ditunjukkan oleh Aaron. Namun, untuk filem ini, babak aksinya hanya untuk membantu penceritaan. Selebihnya, kekuatan filem ini adalah berdasarkan plot ceritanya,” akhirinya.

Sekadar informasi, Sherif merupakan sebuah filem kepolisian yang mengetengahkan tentang konflik yang berlaku di dalam Jabatan Narkotik.

Aaron bakal melakonkan watak antagonis utama bernama Tony Ifrit.

Filem terbitan Skop Production dan Astro Shaw ini bakal ditayangkan pada 2024.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 24-5-2023 02:16 PM
What to do??? demi sesuap nasikkk kan...so harung jer la
Quote sayurmayur88 24-5-2023 03:51 PM
very the profesional
Quote sharlenetexas 24-5-2023 03:53 PM
Kalau tak tau tak sangka deyols ni anak beranak. Tak nmpk iras syafiq dgn tokusop ni.




Quote dudaberhias 24-5-2023 04:01 PM
demi kelangsungan hidup kena juga la teruskan... kira heols professional la...

seko lagi jantan tu lemah dan dayus... tak mampu nak enjut bini di biar je terkontang kanting tak mau ceraikan... tu paling tak professional... tak padan dengan kerepot kena tepek2 polident dulu bila nak pakai gigi palsu...

bam aaron kalau dah tak boleh berlakon nanti baik lah jual kuetiau goreng jah... sampai bertambah2 kan... confirm masyuk...

Quote marchikobonzo 24-5-2023 04:34 PM
Bagus dia ni, berani menentang soliden
Quote IzzahF 24-5-2023 04:41 PM
syukor la toksop masih ada hati perut
anak yg sorang tu anak pungut agaknya jahat nau2
Quote beta_carotene 24-5-2023 04:43 PM
dah tua2 kutuk cmni xpyh la berlakon aksi tumbuk2 ye haron
Quote immaryjane 24-5-2023 04:47 PM
Helok heols sebagai org jahat
Quote izat123 24-5-2023 04:52 PM
marchikobonzo replied at 24-5-2023 04:34 PM
Bagus dia ni, berani menentang soliden

Tok Sop yang suruh ambik ni. Bukan Syafiq nak menentang ke apa. Follow jelah ayah dia sekarang semua filem confirm confrim ayah dia bagi kat Capik haha
Quote scarflicious 24-5-2023 05:22 PM
Bagus datuk yusop ni. Anak buat hal, dia tukang cover.
Quote marchikobonzo 25-5-2023 09:08 AM
izat123 replied at 24-5-2023 08:52 AM
Tok Sop yang suruh ambik ni. Bukan Syafiq nak menentang ke apa. Follow jelah ayah dia sekarang sem ...

Sebelum ni pun dia ada cakap dia nak beraya ngan abang dia, tp bukan ngan birah..ok la..nampak la ada pendirian kat situ
Quote twins 25-5-2023 10:07 AM
rasa pelakon2 luar negara pun mcm ni juga.. kalau dah bnyk berlakon lasak masa muda dah tentu lah ada sakit sana sini bila umur meningkat.  mcm SRK pun aku pernah tengok pengarah stunt dia kata  dorang choreo fight scene tu ikut kemampuan dia sbb dia pun sakit belakang jugak... klu yg ganas2 pakai double.
Quote apech 25-5-2023 01:01 PM
tok selam, sudah2 la kaler rambut nya. Biar je la rambut tu memutih seiring usia. Buruk benor teman nengok leher berkedut, tetek melanyut tapi rambut misai kaler hitam.

Awak tu udoh tua....
Quote zehra2 25-5-2023 01:36 PM
elok la semua bekerjasama. dpt juta2 korang gak  yg untung.
Quote bynroslan 25-5-2023 03:14 PM
“Sebagai contoh, kalau ada adegan sepak sampai terbaring di bahagian belakang, itu dia tak boleh buat dan kita akan gunakan body double,” kongsinya lagi.


Ha tengok, boleh pun pakai body double. Yang aku tak paham tu kenapa samsol takleh nak pakai body double untuk AA ni? Pelakon Hollywood pun bukan semua aksi diorg buat sendiri la, kalau tak, takkan diorg bayar insurans kat anggota badan dia. Aku cakap ni pun idokler aku tingin nak tengok cerita2 diorg ni kan, tapi bila bagi alasan cemtu hmmmm lantak kome ler

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.100240 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top