Hantaran terbaru penyanyi Shila Amzah mengundang persoalan di kalangan pengikutnya dan Ubai. Selepas mengumumkan status hubungan mereka secara umum di media sosial, Shila dan kekasihnya yang juga pempengaruh media sosial, Ubai Mz sering berkongsi banyak momen bahagia di laman media sosial mereka. Namun, kapsyen terbaru Shila seolah-olah memberi bayang bahawa hubungan yang terjalin lima bulan itu sudah berakhir. Kata Shila, dia tidak akan melupakan memori itu sampai bila-bila dan mendoakan Ubai sentiasa dilimpah ruahkan rezeki dan dapat apa yang dihajati. Hairan dengan hantaran Shila itu, ramai meninggalkan kata-kata sokongan buat mereka. Ubai sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meminang Shila Amzah sebagai isteri. Sementara itu, Ubai di IGStory memuat naik kata-kata akan selalu mencintai seseorang walaupun tidak menulis gerangan ia ditujukan. - CARI |
ADVERTISEMENT