CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nik Abduh Serius Tak Faham- Allah Dah Turunkan Al-Quran, Kenapa Masyarakat Nak Tengok Coldplay Untuk Tenangkan Jiwa?

24-5-2023 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1395| Komen: 44

PETALING JAYA- Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hairan dengan sikap masyarakat yang mahu ketenangan jiwa daripada penganjuran konsert seperti Coldplay dan Blankpink.

Menurut bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, Allah telah menurunkan dan menghadiahkan kalam suci al-Quran sebagai penawar serta hiburan kehidupan manusia.


Dia juga menyifatkan gelagat yang menginginkan konsert untuk cara keterangan jiwa sebagai seorang manusia bertubuh dewasa tetapi akalnya pula kanak-kanak.

Foto: FB

“Si bapa membelanjakan ratusan, bahkan ribuan ringgit membeli ubat untuk anaknya yang sakit. Si anak enggan dan merengek mahukan gula-gula. 

“Begitulah sebahagian manusia. Allah turunkan dan hadiahkan al-Quran, kalamnya sebagai penawar dan hiburan kehidupan. Mereka pula terus merengek mahukan ketenangan jiwa daripada Coldplay dan Blackpink. Tubuhnya dewasa. Akalnya kanak-kanak,” kata Nik Mohamad Abduh menerusi satu hantaran Facebook hari ini.


Penganjuran Coldplay di Stadium Bukit Jalil pada November ini menimbulkan pelbagai reaksi termasuk pemimpin Pas yang membantah kehadiran persembahan hiburan kumpulan itu.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan menggesa supaya kerajaan membatalkan konsert kumpulan rock British Coldplay kerana mendakwa bahawa kehadiran kumpulan ini ke Malaysia seolah-olah kerajaan menggalakkan budaya menyeleweng dan hedonisme.

Nasrudin turut melampirkan gambar vokalis Coldplay, Chris Martin, sedang mengangkat bendera lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada konsert di London terdahulu.

Bagaimanapun, tiket konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour yang menjadi rebutan ribuan rakyat Malaysia habis dijual pada minggu lalu, sehari selepas jualan dibuka.- CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 24-5-2023 12:20 PM
alahai. mcm la selama ni xde konsert siti nurhaliza, konsert Ella, konsert bulan bintang etc xde pulak ko nak pertikai smpai mcm ni. pdahal konsert jugak. tibahhh ramai lobai bangang bitter dgan Coldplay kenapa eh ? bitter ke rakyat sggup perhabis duit utk konsert tp kowserrrr nak perhabis utk lobai punya air liur ???
Quote pokokmeranti 24-5-2023 12:28 PM
saya tak hairan kerana saya tahu dunia akhir zaman manusia semakin sukakan hiburan apatah lagi yg melalaikan.
Quote ResellerMaxis 24-5-2023 12:30 PM
Komen macam ni supaya nampak dia paling islamik ar tu. Baca quran je dah Boleh tenangkan jiwa.

Allah turunkan quran bukannya untuk dijadikan alat riak oleh mereka yang perasan mereka lebih baik dari orang lain ni.
Quote cikatilia 24-5-2023 12:37 PM
dia mcm pukul rata yg pergi konsert2 tu semua xsembahyang xmengaji xpuasa...
Quote DARSITA 24-5-2023 12:46 PM

Pok Nik boleh tanya KJ kenapa dan mengapa, sbb KJ beli tiket pesta muda mudi ini.
Quote bynroslan 24-5-2023 12:53 PM
ade ke camtu pulakkkk. haihh. kenapa diorg buat macam ni first time ever ada concert kat negara kita ni??
Quote ultra78 24-5-2023 12:53 PM
Boleh apply juga hujah itu ke atas orang yang ada hobi-hobi mahal.
Quote prizadane 24-5-2023 12:55 PM
Ya ampun… bodohnya lah statement. Habis tu kenapa ada nasyid? Tak perlu la nasyid sebab dah ada al quran kan?
Quote Orix 24-5-2023 12:55 PM
dia ni kan yg ckap jgan naikkan bendera putih tapi berdoa pd Allah kalau hidup ditimpa musibah ? kalau betul no wonder benakk
Quote umbut 24-5-2023 12:57 PM
Edited by umbut at 24-5-2023 12:59 PM

Kenapa ler sibukk ngan org yg nak gi, ko taknak dahlah.. semua benda nak control ikut kepala ko.
Dah tu nak paksa org dengar lobai2 bagi ceramah penglipur lara ngan dengan lobai beryahanana ke baru puas hati
Quote bakingsoda 24-5-2023 01:00 PM
org pergi konsert nak berhibur la lebai. coldplay ni jd sasaran sbb berlaku zaman pmx je, masa 33 bulan bermacam jenis konsert takde pon reaksi mahupon tindakan yg diambil utk batalkan konsert lagha
Quote tripleid 24-5-2023 01:02 PM
rengsa sungguh dgn lobai perasan houlier than thou nih

dia nak suruh ummah berkelubung berhanana 24jam baru  puas ati kot
Quote jejaka_hensem 24-5-2023 01:20 PM
Screenshot_20230524-130307_Instagram.jpg

Screenshot_20230524-130314_Instagram.jpg

Yg ni lobai2 tak nak bising?2 hari dorang buat.habis la anak2 muda lalai tak solat sume.
Lobai jangan pilih kasih pulak.
Quote AbukRokok 24-5-2023 01:32 PM
org nakkan hiburan la bodo
kau xsuka pergi la buat yahanananana mega 2023 kat stadium
Quote capiloton 24-5-2023 01:55 PM
galak pulok lobai2 malaya promote Coldplay

tak habis2, lepas sorang2 merotib coldplay

diam2 sudah la, nanti sejuk la lepas tu
bab LGBT tu, confirm KDN dah bagi code of ethics
pada retis luar yang buat konsert kat sini

metallica yang kuat mencarut tu pun sopan jer buat konsert kat sini
Quote capiloton 24-5-2023 01:57 PM
btw, love this rave party


[youtube]0NDy6Rlijzo[/youtube]
Quote Nizleen86 24-5-2023 01:57 PM
Yg halal konsert retis melayu je ke? Udah2 la tu iols dah move on ni. Tetiba mungkin ada hari kedua katanya.
Quote renko 24-5-2023 02:07 PM
kang kapir belajar kaji pasal quran
kau maki lak kata jangan sibuk pasal islam
Quote dani-rox 24-5-2023 07:09 PM



Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.052067 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top