PETALING JAYA- Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hairan dengan sikap masyarakat yang mahu ketenangan jiwa daripada penganjuran konsert seperti Coldplay dan Blankpink.
Menurut bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, Allah telah menurunkan dan menghadiahkan kalam suci al-Quran sebagai penawar serta hiburan kehidupan manusia.
Dia juga menyifatkan gelagat yang menginginkan konsert untuk cara keterangan jiwa sebagai seorang manusia bertubuh dewasa tetapi akalnya pula kanak-kanak.
Foto: FB
“Si bapa membelanjakan ratusan, bahkan ribuan ringgit membeli ubat untuk anaknya yang sakit. Si anak enggan dan merengek mahukan gula-gula.
“Begitulah sebahagian manusia. Allah turunkan dan hadiahkan al-Quran, kalamnya sebagai penawar dan hiburan kehidupan. Mereka pula terus merengek mahukan ketenangan jiwa daripada Coldplay dan Blackpink. Tubuhnya dewasa. Akalnya kanak-kanak,” kata Nik Mohamad Abduh menerusi satu hantaran Facebook hari ini.
Penganjuran Coldplay di Stadium Bukit Jalil pada November ini menimbulkan pelbagai reaksi termasuk pemimpin Pas yang membantah kehadiran persembahan hiburan kumpulan itu.
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan menggesa supaya kerajaan membatalkan konsert kumpulan rock British Coldplay kerana mendakwa bahawa kehadiran kumpulan ini ke Malaysia seolah-olah kerajaan menggalakkan budaya menyeleweng dan hedonisme.
Nasrudin turut melampirkan gambar vokalis Coldplay, Chris Martin, sedang mengangkat bendera lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada konsert di London terdahulu.
Bagaimanapun, tiket konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour yang menjadi rebutan ribuan rakyat Malaysia habis dijual pada minggu lalu, sehari selepas jualan dibuka.- CARI
alahai. mcm la selama ni xde konsert siti nurhaliza, konsert Ella, konsert bulan bintang etc xde pulak ko nak pertikai smpai mcm ni. pdahal konsert jugak. tibahhh ramai lobai bangang bitter dgan Coldplay kenapa eh ? bitter ke rakyat sggup perhabis duit utk konsert tp kowserrrr nak perhabis utk lobai punya air liur ???
Post time 24-5-2023 12:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by umbut at 24-5-2023 12:59 PM
Kenapa ler sibukk ngan org yg nak gi, ko taknak dahlah.. semua benda nak control ikut kepala ko.
Dah tu nak paksa org dengar lobai2 bagi ceramah penglipur lara ngan dengan lobai beryahanana ke baru puas hati
Post time 24-5-2023 01:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
org pergi konsert nak berhibur la lebai. coldplay ni jd sasaran sbb berlaku zaman pmx je, masa 33 bulan bermacam jenis konsert takde pon reaksi mahupon tindakan yg diambil utk batalkan konsert lagha