CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32237|Reply: 5

[Tempatan] Bantah sebat di khalayak tak bermakna bantah ajaran Islam - Dr Maza

[Copy link]
Post time 28-12-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh Noor Atiqah Sulaiman
Disember 28, 2024 @ 10:47am
[email protected]




KUALA LUMPUR: Bantahan terhadap pelaksanaan hukuman sebat di khalayak hanyalah membantah kepada keputusan pemerintah, bukannya menentang ajaran Islam, tegas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata disebabkan itu jangan ada pihak yang menganggap mereka yang tidak mahu pelaksanaan hukuman itu sama seperti tidak bersetuju dengan Islam.


"Adapun khalwat, tiada penetapan syarak menyuruh mereka disebat di khalayak ramai. Bahkan, menyebat kes seperti itu di khalayak ramai dibimbangi bercanggah dengan kehendak syarak yang menyuruh menutup keaiban peribadi individu.

"Maka, menyebat kesalahan khalwat di khalayak ramai bukan hukum Allah dan Rasul-Nya, ia hanyalah pilihan penguasa semata. Di bawah takzir yang juga ijtihad pemerintah berkemungkinan salah dan betul.



"Maka, membantah hukuman itu hanyalah membantah keputusan pemerintah, bukan membantah ajaran Islam. Jangan ada yang terlebih lajak menganggap orang tidak bersetuju dengan hukuman itu tidak bersetuju dengan Islam," katanya hari ini.

Sebelum ini terdapat beberapa pihak yang membantah pelaksanaan hukuman sebat di khalayak oleh Terengganu kerana menganggap ia tidak menghormati maruah manusia.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, dilaporkan berkata kerajaan negeri tetap akan melaksanakan hukuman itu kerana ia bukan hanya bertujuan untuk menghukum pesalah sebaliknya sebagai langkah untuk mendidik masyarakat selaras dengan prinsip maqasid syariah.

Semalam, seorang tukang rumah, Mohd Affendi Awang, 42, menjadi individu pertama di Terengganu dikenakan hukuman sebatan di khalayak ramai kerana kesalahan khalwat berulang.


Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail memutuskan hukuman itu selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan dan pelaksanaan sebat dilakukan di luar penjara memandangkan ia adalah kesalahan ketiga dilakukan lelaki berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai hukuman sebat itu, Mohd Asri yang juga dikenali sebagai Dr Maza berkata, hukuman sebat tanpa mencederakan penzina memang terdapat dapat al-Quran dan al-Sunnah namun ia dilaksanakan dengan syarat dan peraturan yang sangat ketat.

"Kes itu hendaklah disaksikan oleh empat orang saksi yang dipercayai menyaksikan kemaluan lelaki masuk ke dalam faraj perempuan terbabit.

"Dalam kata lain, hampir mustahil untuk kita menemui pasangan berzina membiarkan empat orang saksi menonton perzinaan mereka melainkan pasangan itu memang pejuang zina secara terbuka.

"Jika tidak, kes zina hanya boleh sabit dengan pengakuan yang berterusan oleh pelaku zina meminta dia dihukum sedangkan pihak mahkamah pula berusaha mengelakkan hukuman.

"Adapun qarinah (kaitan bukti) zina, itu banyak jalan keluar supaya tidak dihukum," katanya.

Secara kesimpulannya, beliau berkata agama Islam ini disifatkan sebagai anti gosip dan tidak suka pelaksanaan hukuman zina melainkan individu itu memang penzina tegar secara terang tanpa selindung atau dia sendiri benar-benar menuntut dirinya dihukum.

"Adapun penuduh orang lain zina tanpa bukti yang ditetapkan syarak, lebih mudah untuk disebat di khalayak ramai dibandingkan penzina sendiri.

"Jelas, Islam anti mulut celupar dan suka menjadikan dosa peribadi antara hamba dengan Allah semata sebagai bahan masyarakat. Pemerintah pula dituntut oleh Islam supaya menutup ruang dosa peribadi dijadikan bahan mainan rakyat. Banyak nas Islam dalam hal itu jika hendak dibahaskan," katanya.

­

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Syed sadiq dah kena sebat ke belum?


Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya geng wasabi ini nampak lebih cerdik daripada geng aswaja.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau alasan nak jaga aib..penzina,pengkhalwat juga tak perlu dibicarakan dimahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2024 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 28-12-2024 08:08 PM
Kalau alasan nak jaga aib..penzina,pengkhalwat juga tak perlu dibicarakan dimahkamah.

Dibicarakan tu hak penzina, agar tiada yg dizalimi, tp diaibkan bkn hak mereka.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2024 02:55 AM | Show all posts
ia lah
kalau dah ada 4 pasang mata cukup akal yg nampak (saksi)
takkan depa nak biarkan zina berlaku
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.045554 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list